Jangan Berani-berani Jadikan Mainan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN BERANI-BERANI JADIKAN MAINAN.Harta pusaka.Harta anak yatim.Dua perkara yang sering menjadi isu sehingga timbulnya perbalahan satu sama lain walau puda awalnya semua baik-baik sahaja dan semua terkawal juga.Kerana manusia bila ada rasa mahu memiliki semua dan rasa tidak puas,tidak hairanlah lupa mana dosa dan pahala,mana halal dan haram dan mana membela dan menzalimi.


Dua perkara ini bukan suatu yang asing dalam kehidupan kita.Hari ini kita lihat dan dengar berlaku pertelingkahan dalam keluarga orang lain,tidak mustahil esok lusa berlaku pertelingkahan dalam keluarga kita sendiri bab harta pusaka dan harta anak-anak yatim ni.Walau telah disediakan saluran yang betul untuk dijadikan rujukan,ianya tetap dipandang sepi dan tidak diambil peduli pun kerana masing-masing berlagak mahu mengurus dan menegakkan yang kononnya hak itu tetap hak dan sangat berhak.Ya semua ada hak dan berhak.Kalau diurus dengan cara dan hukum yang betul pun tetap sahaja ada hak dan berhak ke atas bahagian yang ditetapkan.Tak gitu.

Jangan berani-berani jadikan mainan terutamanya harta atau bahagian anak-anak yatim.Jangan jadikan belum cukup umur,waris mengurus atau waris tanggung untuk mengambil kesempatan mengurus harta mereka sekaligus menyakiti mereka.

Mengurus tidak salah.Uruslah dengan jujur dan ikhlas.Bila tiba detiknya kembalikan kepada yang berhak.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. berdosa besar tu org yg makan harta anak yatim.
    apalah sgt direbut harta dunia ini yg x leh dibawa mati..

    BalasPadam
  2. Paling takut PC... Allah, kekadang bila pi kedai pun takut juga kedai tersalah kira, kita takut kot laa kedai tu anak yatim waris dari keluarganya... bimbang sangat...

    BalasPadam
  3. Moga kita dijauhkan dari tergolong dikalangan org2 yg menganiaya org lain. Kdg2 terfikir juga kenapa ada yg sanggup menunggang agama menggunakan kesempatan atas anak2 yatim, amanah harta dan seumpamanya.. nauzubillah.

    BalasPadam
  4. Selalu terjadi perbalahan antara adik beradik pasal ini lah...

    BalasPadam
  5. Kadang2 orang bila nampak harta,
    lupa hukum hakam tu.

    BalasPadam
  6. Saya pernah up isu ni kat facebook. Tulis pun untuk umum. Tapi tak pasal2 bermasam muka pulak dengan keluarga anak-anak yatim tu. Tak sebut nama diaorang tapi terasa maknanya diaorang ada buat salah la tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama