Header Ads

Betul Ke.. Kalau Boleh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BETUL KE.. KALAU BOLEH | Bebas.Kebebasan.Itulah tafsiran kepada merdeka atau kemerdekaan.namun dek terlalu bebas dan menikmati kebebasan itu ada yang hingga terbabas dan lemas.Terbabas daripada landasan syarak dan syariat.Lemas dalam dunia yang dikejar dan dinikmati sehari-hari.

Betul ke masalah jangan difikiri.Bawa santai sahaja.Walaupun diri yang menjdi punca tercetusnya masalah tersebut.Kalau boleh sebagai pemula maka akhirilah masalah itu dalam situasi terkawal dan menang-menang.

Buatlah ikut suka sementara muda dan "ada-ada".Betul juga sebenarnya sementara kudrat masih ada.Masih kuat dan bertenaga.Namun kalau boleh sentiasa waspada kerana sejarah yang bakal tercatat itu tidak mustahil akan tersingkap dan disingkap kembali oleh generasi yang akan datang nanti.

Setiap perbuatan ada balasannya.Baik maka baiklah dapatnya.Kalau tidak baik maka tidak baik jugalah yang bakal diperolehi juga nantinya.Betul ke jangan risau kerana balasan pada keburukkan itu nanti di akhirat di mahsyar...itu juga yang sering di dengari sedari dulu lagi,namun hakikatnya tidak sama sekali.Ada ketika Allah beri tunai di dunia lagi.Justeru itu kalau boleh kita sentiasa perbaharui niat untuk perbaiki diri.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


7 comments:

  1. bebas sebagai mana pun kena igt yg diri ada pemerhati

    ReplyDelete
  2. Yang penting kena sentiasa beringat dan berusaha untuk kekal di jalanNya. InsyaAllah selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. setuju, kena selalu perbaiki niat :D

    ReplyDelete
  4. kalau benda baik ni jarang2 orang nak ingat sampai ke tua. Tapi bila benda buruk boleh kekal jadi sejarah la. Sebab tu nak bebas , kena berpada2. Ingat sama yang diatas. Kita hanya dibawah. Bila dok di bawah ni paham2 la akibat nya apa kalau tersilap langkah..kan..

    ReplyDelete
  5. ya betul tu, setuju sangat perlu sentiasa perbaharui niat untuk perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  6. Semoga diri ini tak terus lalai dan beringat untuk perbaiki diri.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..