Janganlah Menafikan Rezeki (entri ramadhan 2021)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGANLAH MENAFIKAN REZEKI | Ramadhan kian berkurangan jumlah harinya.Ramadhan kali ini tetap sahaja ada nikmat dan kemanisannya luar biasa.Alhamdulillah.Malam-malam ganjil.Malam yang menjadi buruan dan dambaan ummat.Malam lailatul qadar.Sepuluh malam terakhir besar cabarannya.Berat juga apa yang perlu digalas.namun bila sudah rezeki tiada siapa mampu menafikannya.

Bila Ramadhan kian beransur pergi,hari kemenangan menanti.Syawal.Mungkin ada yang langsung tidak membuat apa-apa persiapan walau membeli sehelai pakaian baru untuk digayakan.Mungkin ada yang tetap membuat persiapan seperti biasa kerana sekarang boleh sahaja membeli secara 'online' kan.Seluruh dunia merasai rasa yang sama.Menghadapi situasi yang serupa.Setiap hari memantau apa yang terkini berlaku di luar.Berdebar.Risau.Sedih.

Hambar.Sedih.Mahu tidak mahu semuanya perlu kita lalui dengan rasa syukur yang paling ikhlas.Sebelum Ramadhan,kita fikir bagaimanalah Ramadhan dalam keadaan virus yang ganas menyerang.Dan bila Ramadhan tiba,alhamdulillah kita dapat melaluinya dengan baik,tetap menikmati bermacam juadah ketika berbuka,dapat sama-sama beribadah di kediaman masing-masing.

Dan Syawal nanti.Janganlah menafikan rezeki.Syawal itu juga rezeki untuk kita.Walaupun mungkin untuk tahun ini tidak seperti tahun-tahun sudah,namun ianya adalah rezeki untuk kita.Ramai yang tidak dapat menikmati Ramadhan apatah lagi Syawal bersama-sama keluarga tahun ini.Justeru kita yang Allah beri rezeki ini,syukuri dan nikmatilah walau dalam situasi yang paling berbeza dan sederhana.

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI 

No comments

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.