Jual Mahal

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JUAL MAHAL

Beli sepatu jenama mahal
Dari jauh nampak berkilat
Beranikan diri jual mahal
Terhindar diri dari maksiat

Ada lembu ada talinya
Lembu dilepas waktu petang
Jual mahal pada tempatnya
Dia rugi kita yang untung

Sedari jauh nampak bumbung
Asap keluar dari serombong
Tidak mengapa dikata sombong
Asal tidak diri terlelong

Simbolik cinta terbinanya Taj Mahal
Untuk suami kepada isterinya
Cepat-cepat jual mahal
Untuk selamatkan pundi-pundi pahala

Kurang terlihat yang suka bercapal
Mungkin terhakis dek peredaran masa
Tiada ruginya jual mahal
Demi maruah yang berharga

Jangan terlalu mahal meletakkan harga
Meletak harga ketika berniaga
Benar mahu mencari untung juga
Biar untung sedikit tapi Allah suka

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Harga diri mahal tak terbeli.
    Jika berniaga dan menjual sesuatu janganlah terlalu jual mahal. jual pada harga yang sepatutnya dan setanding kualitinya. Bukan mencari untung semata² jual mahal

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama