Header Ads

Berdikari Dengan Cara Dan Sebab Tersendiri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERDIKARI DENGAN CARA DAN SEBAB TERSENDIRI.Berdiri atas kaki sendiri.Berdikari.Bukan buat apa sahaja semua sendiri tapi bila perlu lakukan sendiri mampu untuk melakukannya,inilah apa yang PC faham mengenai istilah berdikari.

Berdikari itu tersangatlah luas pengertiannya pada diri setiap orang.lain orang lain pandangan dan cara menilai apa itu berdikari.Ada orang mula suka membandingkan,dia berdikari begitu begini kenapa awak tidak berdikari seperti dia.Permasalahannya adalah setiap orang tidak mempunyai masalah,sebab dan keperluan serta kehendak yang sama.Justeru cara berdikarinya juga adalah jauh berbeza.

Berdikari itu juga bererti kita lakukan satu hal tanpa menyusahkan orang lain.Bermakna walaupun cuma hal kecil kalau mampu diuruskan sendiri itu bererti kita sudah berdikari.Bagi sesetengan orang berani memandu kenderaan itu satu bentuk berdikari yang besar.Namun belum tentu dia mampu mengangkat tong gas dan gantikan tong gas baharu bila tong gas lama sudah kosong dan perlu diganti.Sedangkan orang yang tidak berani memandu kenderaan itu mampu menggantikan tong gas lama yang kosong kepada tong gas baru yang berisi penuh.Nampak tak berdikari itu berdasarkan cara dan dengan sebab atau alasan tersendiri.

Nikmati kelebihan dan kekurangan.Sejauh mana pun kita mampu berdikari kita tetap sahaja saling memerlukan orang lain dalam kehidupan kita.Kita tidak mampu lakukan semua hal bersendirian.Seandainya hari ini kita tergolong dalam golongan yang tidak pandai berdikari,siapa dapat meneka esok lusanya seperti apa yang bakal dilalui.Boleh jadi yang pada hari ini cuma banyak mengharap bantuan orang,masa akan datang dia menjadi sandaran dan tempat orang lain meminta bantuan.Berdikari dengan cara sendiri dan tentunya dengan sebab tersendiri juga.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

9 ulasan:

  1. Kalau Sis berdikari sejak ada adik-adik kecik dan ramai 4 di bawah..biasa lee mak ayah akan lebihkan adik-adik lain dari sulung, so pepandai le bawa diri hehehe..

    BalasPadam
  2. berdikari adalah satu benda yang penting

    BalasPadam
  3. Berdikari perlu untuk sesetngah situasi/perkara. Tapi ada juga situasi yang memerlukan orang lain sebagai bantuan.

    BalasPadam
  4. Bagus jika pndai berdikari dari kecik sbbnya kelak kita akan lbh matang dlm mmbuat keputusan.

    BalasPadam
  5. tapi saya tak mampu nak berdikari,selalu sangat menyusahkan orang

    BalasPadam
  6. Anak orang kaya pon kena pandai berdikari...

    BalasPadam
  7. berdikari bila suami jauh di sisi pun ya juga..

    BalasPadam
  8. betul. kita kena berdikari walau ada rintangan yang datang

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..