بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN DIA.Sanggup berhabis kerana mahu menambat hati sesama manusia yang belum tentu melakukan kebaikkan pada kita dan orang lain juga.Sanggup menyakiti diri dan perasaan sendiri atau orang sekeliling semata-mata memelihara keperluan dan keselesaan orang lain pun juga yang belum tentu sentiasa menjaga atau prihatin dengan kebajikan dan keperluan kita serta orang lain.Bukan tidak boleh beriya-iya menjaga hubungan dengan sesama manusia tetapi terlebih dahulu jagalah betul-betul hubungan dengan Allah SWT supaya tidak tersalah menjalin hubungan dengan sesama manusia.
Jaga hubungan baik dengan Allah SWT itu adalah taqwa (memelihara hubungan yang baik dengan Allah, kawal diri agar tidak terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., apa segala perintahnya dapat dilakukan dan apa segala larangannya dijauhi)
Jaga hubungan baik dengan Allah SWT itu adalah taqwa (memelihara hubungan yang baik dengan Allah, kawal diri agar tidak terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., apa segala perintahnya dapat dilakukan dan apa segala larangannya dijauhi)
Tidak menjadi satu kerugian pun untuk kita sentiasa perbaiki hubungan kita dengan Allah SWT.Kita risau hilang kawan.Kita risau orang tak suka.Kita risau dipinggirkan.Risau sangat-sangat.Tapi pernah tak kita fikir secara serius risau kalau Allah SWT buang kita daripada kasih sayangNYA.Allah SWT pinggirkan kita.Tidak dibukan pintu hidayah untuk kita.Tidak berkati apa yang kita buat.Risau tak.Kalau sebelum ni tak terfikir atau tak terlintas pun,mulai sekarang fikirkan.Bukan kerana PC sudah cukup baik,kerana terkenang betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan.Allahu.
Rasulullah bersabda,
“Allah berfirman,‘Barangsiapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan pahala sepuluh kebajikan dan Aku tambah dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya satu keburukan yang sama, atau diampuni dosanya. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa; barangsiapa yang datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Barangsiapa yang menemui-Ku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku menemuinya dengan maghfirah yang sama.’”
(HR. Muslim dan Ahmad)
Sekian
Semua menjadi lebih indah bila jaga hubungan dengan Allah SWT
Betul tu PC, bila hubungan kita denganNya kita jaga, maka semuanya dipermudahkan...
BalasPadamnak jaga hubungan baik dgn dia senang ja kan , JANGAN SYIRIK
BalasPadamKena buat segala yg disuruh dan tinggalkan segala larangan Allah. In Shaa Allah, selamat dunia n akhirat...
BalasPadamsemoga kita semua dikurniakan nikmat dunia dan akhirat :)
BalasPadamIn shaa Allah. Moga terus istiqomah mencari keredhaan-Nya.
BalasPadamjaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia..
BalasPadamAaminn, begitulah yang kita harapkan, hubungan baik dengan Allah sentiasa.
BalasPadamterima kasih atas perongsian ni PC.
BalasPadaminsya allah, kita semua cuba buat sehabis baik jaga hubungan dgn Allah, amiin.
subhanallah
BalasPadam