Salam Maulidur Rasul 1442H

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H

Tidak pernah bersua
Cuma mendengar cerita
Cuma mendasari sirah
Berulang tidak jemu
Berkali-kali bosan jauh sekali
Ada keindahan
Ada kenikmatan
Ada yang melekat disanubari dan fikiran

Assalammualaikum Ya Rasulullah
Wahai kekasih Allah


Daripada kisah yang menjadi sirah
Sedari kecil
Berganjak kanak-kanak
Remaja kemudian dewasa
Kami mengikuti
Seringkali terpana terpesona
Cuba membayangkan seperti yang dikisahkan
Semakin lama semakin suka
Semakin lama semakin sayang
Semakin lama semakin mengagumi

Akhlakmu
Menjadi contoh
Semangatmu
Menjadi ikutan
Segalanya
Menjadi sunnah dan pahala buat kami ummat

12 Rabiul Awwal
Menjadi satu permulaan
Lembaran putih untuk alam menyambut kelahiran
Muhammad bin Abdullah
Yatim sedari alam rahim bonda
Satu-satunya permata

Allah SWT pilih
Malaikat Jibril menjadi perantara
Satu persatu wahyu disampaikan
Satu per satu wahyu diterima

Hayatmu mewah cabaran
Mewah juga kebahagiaan


Ummatmu sentiasa ingat
Berselawat
Tidak pernah berkurang rasa mahu terus mendekat

Rahmat Tuhan
Dan syafaat darimu
Yang sekalian ummat harapkan

Bergema sekalian alam
Berselawat ke atasmu Ya Rasulullah

Sekian 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama