Allah SWT Beri Ujian Sebab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ALLAH SWT BERI UJIAN SEBAB

Ada banyak sebab Allah SWT beri ujian kepada kita. Kalau puncanya daripada orang lain atau yang lain selain sesama manusia itu semua adalah cuma perantara sahaja. Dasarnya sebenarnya Allah SWT mahu perbetulkan diri kita dan Allah SWT sedang menegur kita dengan caraNYA yang paling selayaknya kita terima. Semampu untuk kita terima.

Apa sahaja ujian yang diberikan kalau pun kena pada orang lain, tetap sahaja perlu kita ambil kira dan ambil tahu. Bukan untuk cuma sama-sama merasai berat dan sedihnya tetapi jadikan satu peringatan serius juga.

Allah SWT Beri Ujian Sebab
Allah SWT Beri Ujian Sebab
Google Image

Tatkala berasa besar dan beratnya ujian yang PC hadapi dan tanggung, boleh jadi lebih besar  dan berat ingkar yang telah PC lakukan pada Allah SWT. Tiada siapa yang mahu diuji. Namun semua itu tidak mungkin kerana manusia tersangat rapuh untuk tidak melakukan dosa padaNYA.

Ujian juga salah satu cara Allah SWT jawab dan kabulkan setiap doa-doa PC dan sesiapa pun. 

Ya Allah jadikanlah aku hambaMU yang selalu sabar. Maka Allah SWT jawab lalu beri ujian agar daripada ujian itu biarpun sakit kita tetap dapat rasa dan belajar menjadi sabar.

Aamiin.

Sekian.

Allah SWT beri ujian sebab sayang.

7 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.