Header Ads

Beratnya Satu Meter

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERATNYA SATU METER. Sehingga kini kes masih lagi berada ditakuk empat digit. Kalau berkurang pun sedikit. Tambah kadang luar jangka. Namun masih sahaja selalunya berada diskala empat digit. Moga semkain hari jumlahnya semakin berkurang. Angkanya semakin mengecil dan senyuman benar-benar lega dan bahagia  terpamer diwajah kita semua. Seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pandemik ini. Sekarang kita senyum namun ada rasa beban difikiran dan perasaan. Beban rasa risau dan takut. Beban perasaan. Bukan tidak bersyukur. Bukan bersangka buruk dengan Allah SWT, namun manusia biasa rasa risau itu suatu yang alami. Semua orang rasai.

Beratnya Satu Meter
Beratnya Satu Meter

Kita belum menang. Kerana kalau kita mahu menang Allah mahu kita bersatu. Bersatu hati dan berganding bahu. Bukan kau, kau. Tidak aku, aku. Jangan leka atau alpa bukan cuma untuk segelintir sahaja tapi untuk semua. Ya kita semua tidak boleh leka ikut suka dan buat-buat alpa. Kerana nanti yang benar-banar menjada dan tidak alpa terheret sama. 

Kenapa sudah banyak peringatan diberi, nasihat disebarkan namun masih tetap meingkat angkanya setiap hari?. Ini semua berpunca daripada beratnya satu meter. Alah satu meter je. Namun berapa ramai yang boleh patuh sehingga hari ini. Barapa ramai yang pandang satu meter itu serius dan memberi kesan besar satu sama lain. 

Lapan bulan. Diam tak diam dah lapan bulan kita semua berada dalam situasi pandemik ini. Tidak siapa menyangka ianya memberi kesan hingga sejauh ini. Diharapkan cuma hari menjadi minggu. Berdoa cuma minggu menjadi bulan. Tidak mustahil menjadi tahun. 

Biar banyak pihak yang terkesan, hidup perlu diteruskan. Ibarat berada dalam sampan ditengah tasik. Pendayung pula patah. Mahu tidak mahu tetap perlu berusaha untuk menggerakkan sampai ke tepi tasik. Begitulah situasi sekarang. Perut tetap perlu diisi. Hutang piutang teap mesti dilunas. Sakit pening menuntut rawatan dan ubatan.

Sedar atau tidak, banyak yang telah berubah, tapi masih banyak yang perlu kita ubah. Semoga apa sahaja perubahan baik walau kecik yang kita telah mula dan lakukan menjadi asbab Allah SWT lindungi kita semua. Aamiin.

Beratnya satu meter.

Sekian.

logoblog

13 ulasan:

  1. Salam PC, uncle rasa PC ada masalah link selepas PC tinggalkan komen. Bila uncle klik pada PC, tak jumpa... Cuba cek...? TQ! (abaikan jika tiada maalah) :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam uncle. Terima kasih maklumkan ya uncle. PC cuba tengok.

      Padam
  2. kan..kadang2 heran jugak kenapa ada yang tak jaga jarak 1 meter ni..adeii..

    eh eh sama la template kita..hihihi..cantik header baru!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Merisaukan. Macam tak ada apa-apa gitu.

      Sama ye. Yeyyy. Dah lama dalam simpanan template ni. Header paling ringkas sedunia tu CikSun.

      Padam
    2. alaaa kenapa tukar?? hahahahah

      Padam
  3. covid ni x nampak, cuba nampak..bukan kata 1 meter..silap² x berani nak keluar rumah dah

    BalasPadam
  4. benda yang tak nampak ni susah sbb ada manusia yg cepat lupa.. bila kita alpa dan lupa. .dia kembali merebak

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Tiada yang sia-sia daripada Allah SWT kan wak.

      Padam

  6. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
  7. semoga dugaan ni cepat berlalu..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..