Header Ads

Terlalu Berfikiran Terbuka Itu Membimbangkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERLALU BERFIKIRAN TERBUKA ITU MEMBIMBANGKAN.Katak bawah tempurung.Ulat dalam batu.Ketinggalan zaman.Itulah kata-kata yang menyakitkan pendengaran daripada orang-orang yang lisannya tidak dididik dengan adab.Masih ada dan masih bramai  yang begitu.Jangan bersedih,sila abaikan.Itulah antara cemuhan kepada orang-orang yang lebih memilih senyap atau tidak terbuka dalam banyak perkara baik tindakkan atau daripada sudut pemikiran.Terbuka atau sebaliknya biar sederhana sahaja.

Sederhana sahaja itu cukup kerana terlalu berfikiran terbuka itu membimbangkan juga.Tidak semua orang mahir memandu kenderaan dan berani memandu kenderaan dengan laju dalam masa yang sama tetap fokus menjaga keselamatan sendiri dan pemandu lain.Ada orang memandu semahunya tetapi bukan sahaja mencelakankan diri sendiri dalam masa sama mencelakan orang lain hingga menimbulkan kecelakaan di jalanraya.Begitu jugalah bila terlalu berfikiran terbuka.

Ada orang sangat berfikiran terbuka tetapi masih pandai mengawal diri dan situasi.Masih tetap sahaja berada dalam zon selamat untuk dirinya dan selesa untuk orang lain yang berada disekelilingnya.Ada orang sangat-sangat terbuka tetapi tidak boleh mengawal diri sendiri malahan menyusahkan orang lain juga dalam masa yang sama.Hinggakan dia hanyut dengan dunianya sendiri.Paling menyedihkan orang lain turut hanyut dan di bawa hanyaut bersama-sama dengannya juga.Allahu.

Tidak berfikran terbuka itu kuno.Berfikiran terbuka itu moden.TIDAK.Tiada fatwa yang menjelaskan begitu kerana setiap orang ada cara masing-masing selagi ianya tidak melangkau apa yang disyariatkan itu sangat terbaik sebenarnya.Sekiranya terlalu berfikiran terbuka hingga menghancurkan akidah dan maruah pun itu bukan satu langkah yang bernas.PC tidak menyekat untuk sesiapa pun terlalu berfikiran terbuka.Terserah.Selesa,teruskan.Namun selesa awak belum tentu selasa pasa saya.Saya selesa belum tentu awak pun ikut selesa.Dikasut masing-masing.Cuma jangan sampai kita menjadi ejen keterbukaan yang melampauai batas akidah.

Hidup ini berTUHAN.jangan campuradukkan yang samar dengan yang jelas.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

4 ulasan:

  1. Betul..kena teguh pendirian sbb skrg dunia terbuka dan byk pengaruh luar

    BalasPadam
  2. i berfikiran terbukak.. tapi masih mampu mengawal diri

    BalasPadam
  3. nak nampak moden orang berfikiran terbuka, tapi kdg2 berpikiran terbuka tu yg membawa kemudaratan.

    BalasPadam
  4. berfikiran matang lebih baik daripada berfikiran terbuka..haaa gituuu

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..