Header Ads

Mencarilah Diwaktu Yang Tepat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENCARILAH DIWAKTU YANG TEPAT |Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,walaupun hujan saljikan.Begitulah kita,tiada manusia yang hidupnya sentiasa selesa dan mudah.Berliku,berduri,beronak semua ada dan dirasai.Kalau kita rasa susah,ada yang lebih susah.Kalau kita rasa sempit ada yang lebih tersepit.Kalau mahu bersedekah atau memberi hadiah mulakan pada yang paling terhampir tarlebih dahulu.Siapa.Ibu bapa.Adik-beradik.Saudara-mara.Jiran tetangga.

Cuba menjadi manusia yang lebih cakna pada waktu dan tempatnya.Tahu tidak bertindak itu sia-sia.Bertindak tanpa perancangan itu membazir banyak waktu dan tenaga.Kenalpasti terlebih dahulu hingga ke dasarnya.Siapa pun kita masing-masing ada tanggungjawab bukan cuma pada diri sendiri tapi pada orang lain juga.

Mahu kurang mampu tidak mengapa.Mampu dan mahu teruskan sahaja.Kita ada tugas mencari.Mencari siapa yang perlu dan boleh kita bantu.Telah ramai yang memulakan langkah.Telah ramai juga yang berusaha mengubah apa yang perlu diubah.Dan kita kalau tidak mampu untuk ke tahap yang lebih jauh dan luas,mulakan mencari siapa yang boleh kita bantu dalam keluarga dahulu.Mencari berat dan sukar prosesnya.Apatah lagi mencari diwaktu yang tepat.

Maksud mencari diwaktu yang tepat PC maksudkan adalah,carilah pada ketika seseorang itu betul-betul sangat memerlukan kita.Perlu perhatian,kasih sayang,bantuan selayaknya dan bimbingan.Manusia sangat rapuh hati dan fikirannya dikala berada dalam situasi meraba-raba mencari tempat untuk berpaut.Bukan bererti bila kita mencari dan mahu menemui seseorang itu setelah dia punya segala dan sudah sangat stabil kehidupannya itu satu tindakan yang salah.TIDAK juga,namun ianya agak kurang menyenangkan dan kurang manis.

Bersama-sama merintis jalan kehidupan sedari lurah hingga berada di puncak gunug itu lebih membeli satu nikmat kepuasa dan pengertian mendalam berbanding mencari dan mahu mendekati bila sudah bijak mengemudi bot kecil dilautan yang luas.Apa pun,tiada istilah terlewat.Pada setiap kesempatan yang ada tidak salah juga memulakan digarisan pada lembaran yang baharu.Kerana Allah.

related image

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya
logoblog

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah sentiasa berusaha melakukan sesuatu dgn tepat

    BalasPadam
  2. kadang2 tersilap tindakan itu mungkin kerana waktu yang tidak tepat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CikSun, kadang buat perkara betul ditempat yang salah pun masalah juga.

      Padam
  3. saya memang akan utamakan keluarga saya dulu dalam bab memberi ni.Keluarga saya pun ada ibu tunggal, anak yatim, yang strugle kumpul duit nak kawin dan sebagainya. jadi ada lebih saya akan bantu sikit2.. mereka lebih memerlukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang sebaik-baiknya. Bantu dan dahulukan yang paling hampir iaitu iba bapa dan saudara mara. Sebab ada yang pertikai, kau tak bersedekah ke, kerana anggap asal sedekah dengan orang lain, walhal dulu kan saudara mara, itu pun sedekah juga.

      Padam
  4. Kena utamakan keluarga dahulu, kemudian jiran tetangga..nanti nak buka sekolah mungkin ada antara mereka yang memerlukan bantuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, betul sangat-sangat. Kerana lazimnya andai berlaku masalah yang paling hampir dapatkan kita dulu sementara tunggu yang jauh-jauh sebab tu Nabi pesan buat baik dengan jiran apatah lagi saudara mara.

      Padam
  5. PC..ada kuar iklan bomoh santau siam, santau pasangan..boleh block kat google adsense

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas makluman. PC terlepas pandang sebab dah banyak juga iklan yang PC block. Alhamdulillah sudi menegur dan ingatkan. Lega.

      Padam
  6. Uncle suka perenggan akhir tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih uncle. Dah boleh belum ke link PC.

      Padam
  7. bermula bantuan kecil dari keluarga dahulu kemudian baru keluar rumah memberi bantuan, semoga dengan niat yang betul, dipermudahkan urusan kita olehNya.

    BalasPadam
  8. InshaAllah.. dalam ujian pasti Allah titipkan kesenangan. Setiap yang dihadapi inshaAllah tepat pada waktunya. terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  9. Saling bantu membantu bagi yg memerlukan. Dlm setiap ujian setiap kesenangan ada rezeki bahagian saudara kita yg lain.

    BalasPadam
  10. Kita kena sentiasa alert jika ada yang perlukan pertolongan. jika kita boleh bantu, kita bantu. tapi, sebelum kita bantu orang lain, kita dahulukan keluarga dulu.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..