Bahaya Tetap Ada

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BAHAYA TETAP ADA

Petang-petang main guli
Lepas itu main lari-lari
Sakit gigi jangan dipandang sepi
Lama-lama melarat nanti

Bergurau senda anak kecil
Puas bergurau nangis pula
Berawal daripada luka kecil
Tidak mustahil membesar pula

Main masak-masak bawah pokok
Penat masak menyanyi pula
Benarkah hilang tekanan setelah merokok
Itu cuma kata-kata sahaja

Main kahwin-kahwin itu biasa
Maklumlah kanak-kanak meniru sahaja
Cirit birit jangan dianggap biasa
Cepat bertindak jangan buang masa

Bila merajuk teruk tak kawan
Bila sunyi dicarinya kawan
Air dan api kecilnya kawan
Bila besar mejadi lawan

Kumpul kawan ajak main bola
Bola beracun pilihan semua
Di mana pun kita berada
Bahaya tetap sahaja ada

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
bahaya tetap ada

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hati-hati walau di mana berada dan dalam situasi apa sahaja.

    BalasPadam
  2. betul, sakit gigi jgn dibiarkan sbb tul2 melarat nanti

    BalasPadam
  3. Bab sakit gigi tu kena hadap. Gigi bongsu ni takut nak cek doc. 😂

    BalasPadam
  4. hati-hati selalu. jangan terleka..

    bab sakit gigi, bunyi perut pun boleh bawak gaduh..hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama