Header Ads

Setiap Akhir Januari Yang Manis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SETIAP AKHIR JANUARI YANG MANIS.Tiga puluh satu hari akan berlalu.Akan berakhir.Sekejap sahaja sudah sebulan.Pejam celik.Buat itu dan ini.Hari ini sudah berada ditarikh terakhir bulan Januari.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran PC-Jua Azura.Selamat ulangtahun melahirkan mama.Selamat ulangtahun untuk diriku sendiri.Allahu.Allah.Syukur alhamdulillah.Mama Babah memang tak baca blog Jua tapi Jua dengan rasa besar hati dan rendah diri ucapkan terima kasih yang teramat sangat.Sebeanrnya terima kasih sangat tidak memadai pun.Sembilan bulan Jua hidup dirahim mama.Sampai sekarang parut pembedahan lahirkan Jua masih ada dan jelas.Perjuangan dan pengorbanan hingga berparut diperut.

Jujur PC sangat terkesan dan emosi bila orang kata tak hebat seorang perempuan itu melahirkan melalui kaedah pembedahan berbanding melahirkan secara normal.Ingat,kalau mati,tetap sahaja matinya mati syahid.Kaedah apa pun setiap kaedah itu ada risikonya.Ada kesakitan yang ditanggung.Ada beban yang perlu diselesaikan.Ada parut yang dibawa hingga nafas terakhir.Nasib dan rezeki setiap orang tidak sama.Kenyataannya melahirkan secara pembedahan itu lebih risiko dan azab bukan sekadar kulit hingga dagingnnya dihiris tetapi rahimnya juga dihiris.Parut dan luka serta jahitan yang berganda.Bila berbicara sila berhati-hati.Cara bagaimana melahirkan tidak menurunkan martabat seorang wanita bergelar ibu.

Setiap Akhir Januari Yang Manis
Setiap Akhir Januari Yang Manis
Awal tahun penutup bulan.Tua dah diriku.Memang.Hakikat yang kita tidak semakin muda tapi menuju satu titik kematangan dan kematian.Setiap akhir Januari yang manis.Manis sangat untuk dinikmati dan dikenang banyak zaman yang dilalui.Banyak liku yang ditempuhi.Allahu.Dikesempatan usia sekarang ini,harap lebih tekun belajar untuk lebih berubah dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik.Lebih menghargai dan menyayangi.Lebih menyantuni dan berakhlak murni.Moga redha Allah SWT semakin mendekat dan rapat.

Wahai Allah,terus bimbing aku.
Menjadi hambaMU
Menjadi anak solehah buat ibu bapaku
Menjadi isteri selayaknya buat suamiku
Menjadi ibu cerdik solehah buat zuriat kami kelak

Aamiin.

Sekian.

logoblog

9 ulasan:

  1. selamat ulangtahun kelahiran PC. ye betul tu tak kisah melahirkan secara normal atau operate keduanya tetap ada kesakitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih anamizu. Setiap satunya ada lebih dan kurang tersendiri namun persamannya adalah kedua-duanya memberikan pengalaman.

      Padam
  2. Patutlah manis! Happy 'bird' day! Sukur!

    BalasPadam
  3. Seriau baca bab HIRIS perut ni. Bg ena apa cara sekali pon semua tetap sakit. Jadi tak perlu banding kan. Ena yg normal pon teruk jugak jahitan dengan buasir lg smpai kena operation buasir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma mungkin tidak semua mahu cuba memahami dan tetap sahaja membandingkan.

      Padam
  4. aamiin doa2nya.
    Tahniah, selamat hari lahir Jua Azura
    Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Selamat Hari Lahir kak..

    betul kaedah apa melahirkan anak adalah rezeki masing-masing. yang pasti anak dan ibu selamat. cida lahirkan Sofia normal, tapi rezeki cida kekurangan susu badan.. sedih juga bila orang persoalkan kenapa tanak bagi sofia susu badan. hanya Allah yang tahu nape..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..