Usaha Itu Ada Macam-macam

USAHA ITU ADA MACAM-MACAM
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


USAHA ITU ADA MACAM-MACAM | Selagi hidup .. setiap yang mendatang mesti ditempuhi dan diusahakan.Usaha itu ada macam-macam.Pilih dan lakukanlah mengikut kesesuaian dan keperluannya.Masing-masing boleh buat pilihan.Pilihan yang dirasakan terbaik.Atas pertimbangan selayaknya kita manusia biasa.

Usaha itu ada macam-macam.

Jangan yang pelik-pelik.Memang atas kita untuk berusaha.Ya,tapi jangan usaha yang pelik-pelik.Mencari kelainan,mencipta kelainan..silakan tapi jangan sampai ianya membinasakan bukan hanya diri sendiri..orang lain dan sekeliling terjebak sama.

Usaha itu ada macam-macam tapi dalam macam-macam jangan hingga menyekutukan Allah SWT.Sehebat mana berasa usaha dilakukan..cukup niatkan usaha kerana DIA..berjaya kerana izinNYA belum berjaya juga belum atas kehendakNYA.Cukup.

Kita lihat orang lain berusaha jangan terus dikecam dan dimarah melulu.Sabarkan hati dahulu.Cara kita,cara mereka mungkin tidak sama..pandang matlamat dan iktikadnya.Adakalanya terlalu lurus telunjuk kita menuding..hingga terlupa diri sendiri sama khilaf di mana-mana.Bahaya.

Bukan kejayaan..kegembiraan sahaja perlu diraikan..setiap usaha juga perlulah diraikan dengan cara memberi dorongan atau sokongan dan doa yang berterusan.

Sekian.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama