Header Ads

Manisnya Aku Pahitnya Kau

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MANISNYA AKU PAHITNYA KAU

Kenapa begitu
Mengapa begini
Bagaimana nantinya
Nanti bukan di dunia 
tapi nanti di akhirat sana
Takut
Atau 
Tidak
Sepertinya tidak

Manisnya aku
Aku mahu
Aku setuju
Aku tunggu-tunggu
Aku harapkan begini begitu
Dalam genggaman
Dalam catatan
Ya aku mahu
Mahu manisnya lebih daripada gula


Sedihnya
Bila pahitnya kau
Kau yang aku sasarkan
Kau yang aku kerjakan
Kau yang aku muntah kemarahan
Kau yang aku lepaskan rasa dan perasaan hitam
Ya kau

Manisnya aku ada kedudukan
Ada kuasa 
Mudahnya mulutku mengarahkan
Jariku menunjuk rawak
Mudah
Memang mudah
Sangat mudah

Rasakan
Pahitnya kau
Pahit dan perit
Perit dan sakit
Sakit dan tersepit

Rakusnya manusia
Mahu dan tidak mahu
Mahu kesenangan
Tidak mahu hadapi pahit kesusahan
Mahu sanjungan
Tidak mahu usahakan 

Manusia bertopeng
Luaran begini
Dalaman begitu
Begini yang terhormat
Begitu yang sampah

Sekian

Taubat sebelum terlewat.

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

5 ulasan:

  1. Pahit & manis, asam garam kehidupan, dibuang jangan, ditelan pun jangan...hehehehe!

    BalasPadam
  2. Bila ada kuasa memang manis je kehidupan. Tapi kalau salah guna, akan makan diri sendiri. Beringat2lah selalu.

    BalasPadam
  3. pahit dan manis adalah lumrah :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..