Walau Terpaksa Tetap Paksa Juga Nanti Cinta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

WALAU TERPAKSA TETAP PAKSA JUGA NANTI CINTA.Alhamdulillah bersyukur.Terima kasih Allah.Jumaat harum keberkatan untuk kita semua di mana pun kita berada.Apapun yang akan dan telah kita lakukan moga terselit banyak hikmat dan nikmat,bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk ramai orang juga.Aamiin.

Walau Terpaksa Tetap Paksa Juga Nanti Cinta
Walau Terpaksa Tetap Paksa Juga Nanti Cinta

Melakukan sesuatu dengan rela hati itu tidak menjadi masalah.Apa yang sering menimbulkan masalah adalah apabila melakukan sesuatu dengan rasa dan keadaan terpaksa baik rasa itu daripada diri sendiri atau terpaksa dan dipaksa oleh orang lain.Perit,pedih dan sakit bila lakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa.Hati tidak relakan.Boleh jadi kesannya kurang baik.Tidak mustahil ras a ikhlas itu cuma satu peratus sahaja.Menyebabkan beban mental dan emosi juga sebenarnya.

Namun dalam sesetengah hal walau terpaksa tetap paksa juga nanti cinta akhirnya.Lagi-lagi pada perkara yang wajib.Contoh mudahnya,bila ada rasa malas solat paksa diri tunaikan solat.Bila ada hati malas puasa paksa diri puasa apatah lagi puasa yang mesti diqada.Ada perkara yang kita tidak boleh sesuka hati mahu bermalas-malasan.Melawan rasa dan melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa kerana ianya suatu yang telah Allah tetapkan itu memang berat tapi tidak mustahil ianya menghasilkan nikmat yang buakan biasa.

Terpaksa,tapi niat kerana takut akan azab Allah,kerana mahu menjadi hamba yang taat,inshaAllah berlipat ganda ganjarannya.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya

8 comments:

  1. betul, ada perkara yg kita leh nak bermalasan

    ReplyDelete
  2. Moga beroleh keberkatan di hat Jumaat nan mulia.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Jumaat PC, semoga allah permudahkan semua urusan kita

    ReplyDelete
  4. Benar. Semua akan indah pada waktunya :)

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan semua urusan kita

    ReplyDelete
  6. Betul tu PC.. mula-mula memang terpaksa, nanti lama-lama insyaAllah cinta..

    ReplyDelete
  7. Insha Allah kak PC.. terima kasih atas peringatan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.