Header Ads

Nak Marah Tengok-tengok Dululah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

NAK MARAH TENGOK-TENGOK DULULAH.Serba salah sebenarnya nak kongsikan diblog ini.Tapi semuanya macam tak boleh PC padam daripada pandangan dan pendengaran.Apa yang PC nak kongsikan baiknya jadikan pedoman.Buruknya itu dari khilaf PC.

Rutin belanja tak kiralah keperluan dapur atau peribadi.Semua keluarga ada rutin perbelanjaan masing-masing.Ada yang pergi berbelanja senang sendirian.Ada berpasangan.Tidak kurang bawa semua sekeluarga..maksud PC ibu bapa bawa semua anak-anaknya.

Anak-anak memang ada ragam.Jangan kata anak-anak kecil..orang tua pun banyak ragamnya.Dia mahu apa yang dilihat menarik pada pandangannya.Makan atau minum belum tentu tapi bila mahu..tidak dapat hujungnya menangislah dia.Ibu bapa,pujuklah dulu.Jangan terus ditengking anak itu.Kesian dia.Tamat satu bab.

Bersyukurlah bila Allah izin kita lahir ke dunia ni sihat,sempurna serba serbi.Waras akal,elok fizikal.Syukur.Sebagai seorang yang cerdas sudah tentu agak mudah untuk kita menilai situasi seseorang walau cuma secara sekilas pandang atau melihat pada luarannya sahaja.Maafkan PC kalau PC silap ya..PC rasa kalau seseorang itu waras dan tidak ada sebarang gangguan pada minda dan fizikalnya inshaAllah orang itu tidak akan dengan sengaja mendekati atau menganggu kita..lebih-lebih lagi dikhalayak umum.Untuk mempertahankan diri itu tidak salah cuma jangan terjerit-jerit menengking kecuali awak sedang bersendirian di tempat yang sunyi.

Nak marah tengok-tengok dululah.Kemuncak sabar adalah kemarahan.Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum marah.Kalau ada yang kata bila marah ni lupa semua..betul,PC setuju kerana PC akui terkadang PC juga hanyut dengan perasaan dan rasa marah yang meluap-luap.Sebelum amarah itu hujungnya memalukan diri sendiri..pandai-pandailah cari ruang untuk bertenang atau menghindar.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

3 ulasan:

  1. aduh, i jenis klu marah dulu, then baru tersedar :(

    BalasPadam
  2. betul kak.. tahan kejap je, nak marah sangat pun balik marah di rumah. jgn dimarah di tempat awam, menjatuhkan maruah/memalukan orang tu. kalau anak2 dimarah di tempat awam, hilang confiden dia..

    BalasPadam
  3. Perlunya bertenang dalam apa jua keadaan. In shaa Allah semua urusan berjalan lancar. Jangan marah-marah... nanti kena jual heheheee.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..