Header Ads

Hari Kiamat Itu Ada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HARI KIAMAT ITU ADA.Api penting dalam kehidupan seharian kita.Untuk memasak,melunaskan urusan rumahtangga.Menjalankan kenderaan.Melancarkan fungsi jentera-jentera dikilang-kilang dan menjana bekalan elektrik seantero alam.Api kecil itu kawan.Besarnya mampu membinasakan dengan mahunya Tuhan.Panasnya api ditakuti.Lagi merah warnanya lebih berbisa kesan lecur bila terkena api.Tengok api pun sudah memberi kesan gerun dihati.Terbayang tak api neraka macam mana.Menjulang.Hitam.Entah bagaimana sengsaranya.Allahu.Allahuakbar.Nauzubillah.

Hari Kiamat Itu Ada
Hari Kiamat Itu Ada

Nak masuk syurga.Tak nak masuk neraka,tapi mengapa perbuatan macam menempah neraka.Ini yang sangat PC takut.Bagaimana nak selamatkan diri.INGAT AKHIRAT ITU ADA.Bila kita ingat akhirat itu ada bererti ada hari perhitungan,ada hari pembalasan,ada hari semua dibongkar dan ditayangkan satu persatu.Allahu.Bila kita ingat akhirat tak langsung bila nak buat sesuatu kita fikir dulu banyak kali.Tidaklah tawakkal melulu.Tidaklah ah lantak aku nak buat sesuatu.

Ingat.Hari kiamat itu ada.Bila hancur semuanya tidak ada yang boleh kembali ke dunia semula.Mati,hidup di alam yang lain.Menuju akhirat pula.Bermula satu kehidupan baharu yang selamanya kekal.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



logoblog

8 ulasan:

  1. Banyak hikmahnya hari kiamat itu dirahsiakan...

    BalasPadam
  2. Terima kasih PC atas peringatan.

    BalasPadam
  3. thanks for your tazkirah, PC. Berpesan2 dgn kebenaran n kesabaran...

    BalasPadam
  4. Hari kiamat semakin menghampiri

    BalasPadam
  5. Tq PC atas perkongsian yang penuh peringatan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..