Header Ads

Berbeza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERBEZA

Banyak adat zaman berzaman
Mana baik boleh diteruskan
Raikan setiap perbezaan
Warna warni dalam kehidupan

Besar sungguh dahan rambutan
Rambutan gading jadi rebutan
Berbeza daripada pandangan Tuhan 
Bezanya taqwa  dihati insan

Manislah bicara berkata pujangga
Menambat hati sihat dara desa
Biar seribu juga sebapa
Setiap adik beradik ada perbezaannya 

Hujung minggu hadiri undangan
Undangan daripada sahabat lama
Wajar ada kadar perubahan
Tidak mungkin ditakuk yang sama

Juadah lazat menambat selera
Ambil sahaja asal berpada-pada 
Berbeza tidak bererti sengketa
Berbeza boleh duduk semeja

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berbeza 

logoblog

4 ulasan:

  1. ya betul pc..marilah raikan perbezaan

    BalasPadam
  2. Tidak perlu bersengketa Dan fahami sesama sendiri

    BalasPadam
  3. Memahami perbezaan menghormati pendapat masing-masing ni perlu ada kan baru tak teruk salah faham

    BalasPadam
  4. bila berbeza baru ada warna kehidupan kan

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..