Penat La

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENAT LA. Minggu pertama anak-anak dan adik-adik memulakan sesi persekolahan 2021. Walau ada yang dah mula dari awal lagi untuk yang pra di sekolah swasta terutamanya. Tapi mungkin cara pembelajaran mereka lebih santai dan paling ringan. Berbanding dengan kakak dan abang-abang ni walau darjah satu beg dah cecah punggung. Bulan Mac 2020, hingga Mac 2021 bererti lebih kurang setahun sesi persekolah tidak berjalan dengan lancar, tersangkut-sangkut dan berhalangan. 

Masa mula mula COVID-19 melanda kemudian perintah kawalan pergerakkan dikuatkuasakan masing-masing rasa sangat berat dan terkesan. Sana sini situ ngadu bosan. Bosan. Bosan. Namun seiringnya waktu ,setahun diam tak diam, masing-masing dah mula sedikit ok. Tapi lain pula ceritanya.

Penat la. Tak boleh pergi ke sekolah monyok nak pergi sekolah. Sampai suruh maknya telefon cikgu buat loud speaker betul ke tak boleh pergi sekolah. Bila dah boleh pergi sekolah meloncat kegirangan. Jumpa kawan-kawan. Ada yang dapat kawan baharu tapi mengeluh penat la pulak tak sudah-sudah. Adakah dek faktor cuaca yang panas teriknya boleh tahan. Pun boleh jadi jugakan kan kan.

Seminggu baharu di bulam Mac ni, rasanya setiap hari PC dengar anak-anak jiran mengeluh penat. Tapi PC rasa bukan penat yang sesungguhnya penat tapi ada juga rasa tidak selesa pada badan dan tekak bila sangat panas akhir-akhir ini. Bila panas terik badan cepat letih berbanding biasa. Walau minum air yang banyak seperti yang disarankan, tubuh tetap sahaja berasa keletihan. Bila dah ngadu penat, mesti awal pagi ada babak air mata tak nak pergi sekolah. Aduh.

Lebih lucunya ada yang dah cakap awal-awal boleh tak tak nak puasa sebab penat katanya. Hehehehe. Betul juga tinggal berapa hari lagi kita semua nak berpuasakan. Cabaran bagi yang sedang qada puasa Ramadan taun lepas, cuaca dan kesibukkan mengurus itu ini.

Penat La
Penat La

Penat la. Panas la. Maka bila hujung minggu begini boleh dengar anak-anak ramai-ramai adik beradik berendam dalam kolam renang yang semua comel-comel di rumah masing-masing. Memang bahagia. Jadi tiada alasan penat nak pergi sekolah ya. Kikikiki.

Sekian
Tinta PC
Penat la.

11 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Uncle tengok budak2 pon dah penat... hehehe

    BalasPadam
  2. Sebab panas kan jadi cepat dahaga Dan letih

    BalasPadam
  3. Sofia sudah kena tonsil, Jumaat lepas miss sehari sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar. Kesian Sofia. Banyakkan minum air masak ya.

      Padam
  4. Harap2 bulan puasa nanti dah tak panas macam sekarang

    BalasPadam
  5. walau penat cabaran mesti diatasi sebaiknya

    BalasPadam
  6. heee...manusia kan , mesti semua serba tak kena :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama