Header Ads

Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

HILANG SATU PEMANDANGAN WAKTU AWAL PAGI. Sedia maklum sesi persekolah peringkat pertama telah pun bermula. Alhamdulillah. Walau PC belum belum diizin menikmati rutin hantar ambil dan menyekolahkan anak, tapi sudah menjadi rutin setiap hari melihat anak-ank jiran pergi ke sekolah. Lucu dan menarik kerana ada macam-macam gelagat. Boleh senyum sendiri. Geli hati pun ya juga. Sejak bermula perintah kawalan tahun lepas, semua pemandangan indah yang beragam watak dan karenah ini terus sepi. Dah tak nampak lagi anak kecil kayuh basikal dengan bekalnya disangkut pada handle basikal. Kan comel sangat tu. Suka tengok.

Ada seorang anak kecil ni PC perhati dia sedari masih kecil hinggalah sekarang dah darjah dua anak ni. Dari hari pertama belajar kayuh basikal tambahan dua roda pada basikalnya yang comel itu kemudian roda sokonganya tinggal satu hinggalah dia berjaya mengayuh tanpa roda sokongan itu dan tanpa diiring ayahnya. lama tak nampak anak itu. Dah tak nampak lagi dia kayuh dengan penuh semangat. 

Sebenarnya sudah banyak yang tidak terlihat diawal pagi. Banyak rutin yang tiada. Hilang juga satu lagi pemandangan waktu awal pagi iaitu van atau bas sekolah yang mengambil anak-anak untuk ke sekolah. Selalunya awal pagi lagi jalan di taman PC ni sangat sibuk. Seawal jam 6.30 pagi sudah ada yang menanti di depan rumah. Masing-masing dan sedia. Tapi sekarang masing-masing dihantar dan dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Keadaan masih belum mengizinkan. Tak apalah demi kebaikkan bersama.

Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi
Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi


Semoga keadaan akan kembali pulih sepenuhnya pada waktu yang paling tepat. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sedang berlangsung. Kalau tak silap PC hari ni hari pertama. Semoga ilham untuk menjawab setiap soalan mengalir deras bagai air yang mengalir diterjemahkan dalam bentuk jawapan. Aamiin.

Sekian
Tinta PC
Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi





8 comments:

  1. bas sekolah dah kurang tapi kete mak pak yang berderet2 kat luar sekolah heheh...

    ReplyDelete
  2. semoga keadaan kembali seperti biasa

    ReplyDelete
  3. betul tu, kesian juga mereka, ramai yang terjejas pendapatan

    ReplyDelete
  4. Jaman dahulu walau sekolah jauh pun jalan kaki sahaja.
    Anak2 sekarang mana mahunya jalan kaki ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. sejak covid 19 ni, banyak yang berubah dah. tapi sekrag bila sekolah dah bukak, Alhamdulillah, sedikit-sebanyak ramai yang dah kembali ke rutin asal

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya kembali normal. Letih dah hidup dengan norma baru yang ammi rasa menyusahkan ni

    ReplyDelete
  7. masing masing dah busy preparation nak skolah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..