Header Ads

Semakin Bertambah Dan Berkualiti Maka

SEMAKIN BERTAMBAH DAN BERKUALITI MAKA . بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Walau dah petang cuaca masih lagi terik. Terdengar anak-anak jiran bergurau senda sambil berendam dalam kolam. Owh indah dan nikmatnya. Hehehehe. Begitulah mereka menikmati zaman kanan-kanak. Macam masih kecil pada pandangan PC tapi sekejap sahaja nanti mereka dah bersekolah menengah pula. Semakin tua diriku ini. Pergilah menuntut ilmu wahai anak bangsa. Tidak kira di mana pun tempatnya. Selagi ilmu itu baik dan menyelamatkan dirimu dunia akhirat maka tuntutlah kemudian sebarkan sebaikkan ilmu yang ada. 

Semakin Bertambah Dan Berkualiti Maka
Gambar Sekadar Hiasan

Bila semakin pandai maka jadilah semakin baik. Bila semakin cemerlang maka jadilah semakin berakhlak. Ilmu perantara untuk kehidupan di dunia. Amalan daripada ilmu untuk kehidupan di akhirat. Ilmu cuma ujian. Ilmu cuma secebis pinjaman. Bila Tuhan mahu ambil semula tidak hairan dengan cuma sekerdipan kelopak mata sahaja. Jangan berasa ilmu hak peribadi. Mana boleh dikongsi maka beri. Mana boleh disebarkan maka wakafkan. 

Semakin bertambah ilmu jadilah insan yang semakin berkualiti. Jangan semakin berilmu semakin kecil melihat insan lain dihadapanmu. Bukan sesuka hati mendabik dada. Tidak perlu juga asyik tinggi suara. kalau pun mungkin lawan bicaramu cuma orang biasa-biasa santuni dengan sebaiknya kerana hujungnya kita sama-sama kembali menghadapNYA juga. Siapa tahu dia lebih baik daripadamu kerana yang selalu Tuhan ambil tau adalah hatinya dan hatimu. Putih atau kelabu.

Sekian
Tinta PC ❤
Semakin Bertambah Dan Berkualiti Maka

logoblog

7 ulasan:

  1. kita slalu datang sini baca... tapi slalu juga tak tau nak komen apa hehe sebab kata-kata entry kat sini sangat mendalam maksud nya.. :)

    BalasPadam
  2. setuju,lagi banyak ilmu lagi kena merendah diri =)

    BalasPadam
  3. Semakin berisi semakin menunduk kan PC..

    BalasPadam
  4. ilmu membentuk kualiti diri

    BalasPadam
  5. bila punya ilmu bukan tiket utk mendabik diri

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..