Aroma Yang Mencengkam Nafsu Meronta-ronta

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

AROMA YANG MENCENGKAM NAFSU MERONTA-RONTA. Kek coklat. Nasi lemak. Ikan goreng. Ayam kari. Rendang. Sayur lemak. Allahu. Sebenarnya banyak lagi. Semakin petang menghampiri waktu berbuka puasa semakin giat dan gigih masing-masing. Semakin riuh dan macam-macam bunyi kedengaran. Menumbuk, mesin pengisar. Pinggan manggkuk jatuh. Angin pula memberi kerjasama yang paling baik, menyebar segenap aroma. Tingkap luas terkuak. Pelbagai aroma yang mencengkam hingga nafsu pun meronta-ronta. Ya Allah. 

Ada yang memasak. Ada yang membeli. Terserah ikut suka hati masing-masinglah. Bila orang beli jangan kata dia pemalas atau banyak duit. Bila masak sendiri jangan kata tak bantu peniaga atau kedekut. Ikut selera masing-masinglah. Ada masa masak dan beli, ada masa masak je, ada masa beli semua. Nampak tak. jangan serabutkan kepala dengan hal orang dan jangan tambah dosa pada diri sendiri.

Inilah salah satu keseronokkan bulan Ramadan. Macam satu perlumbaan pun ya. Kadang serentak menumbuk guna lesung batu. Macam janji la pulak. Kikiki. Itu belum menumis, ketang ketung berlaga sudip dengan kuali. Nikmat. Ada rezeki lebih, masak lebih beri pada jiran-jiran merasa. Tak ada doa dalam hati murah rezeki lain kali boleh memberi. Kadang kita belum apa-apa bila dah bau macam-macam aroma timbul pulak idea nak masak apakan. Hikmah tu angin tiup aroma masakan jiran tetangga. Nafsu pun meronta-ronta. Belum lagi terliur dihujung-hujung waktu nak berbuka puasa. Dugaan sungguh la. Tapi tak pelah.Meriah. Hari ni cium bau, esok kita masak. Halah..halah. Tapikan kadang terselit juga bau bedak budak-budak. Harum je. Biasanya kalau dah dekat nak berbuka puasa, mak-mak mesti siapkan semua ank-anak. Bersedia untuk berbuka sama-sama la tu.

Aroma Yang Mencengkam Nafsu Meronta-ronta
Aroma Yang Mencengkam Nafsu Meronta-ronta 

Kadang hal yang berlaku kecil dan sederhana sahaja tapi memberi kesan yang mendalam.Boleh memberi inspirasi juga.

Sekian
Tinta PC
Aroma Yang Mencengkam Nafsu Meronta-ronta



 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu. kadang ada hal yang kecil tp akan diingati sampai bila2.

    selamat berpuasa PC. setakat ni ada yang beli ada yang masak. tp setkadar apa yang ada. alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Bila terbau aroma masakan jiran, kita jadi semangat nak memasak jugak. Hehe

    BalasPadam
  3. Kenangan bulan puasa. Rindu family & kampung.
    Suasana riuh rendah persiapan,suara ibu anak.
    Skrg tinggal di kawasan yg ramai jiran non-muslim. Suasana kurang terasa. Apetah lagi time sahur. sunyi sepi.

    So far, masak je setiap hari. Akan ku jejak kaki ke bazar jugak sekali sekali. Tukar angin

    Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  4. dh 3 hari ni beli je, balik masak nasi putih... akak lak mkn nasi beli tapi itu la separuh je yg habis...

    BalasPadam
  5. Betul aromaaa masakan tu berselera sungguh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama