Header Ads

Bila Mercun Memecahkan Suasana Malam-malam Ramadhan

BILA MERCUN MEMECAHKAN SUASANA MALAM-MALAM RAMADHANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Memang gempak. Memang wow. Memang asyik buat terkejut-kejut terkentut-ketut. Anak bulu PC yang tengah tidur terbongkang lepas makan dan minum pun boleh terpelanting gara-gara terkejut yang bukan dibuat-buat. Hahahaha. Biasanya lepas balik dari solat sunat tarawih. Di kawasan taman perumahan PC ni anak-anak remaja suka berkumpul dulu ramai-ramai. Janji. Baru gerak pergi surau atau masjid sama-sama. Jadi bila balik surau atau masjid pun sama-sama main mercunnya sebelum balik rumah masing-masing. Bersyukurnya cuma sesekali tidak setiap malam juga.

Memang bising tapi meriah.

Tidak dinafikan barangkali ada yang bising juga lebih-lebih lagi yang mana ada anak kecil. Bunyi mercun yang kuat sudah tentu menganggu. Tapi meriahnya itu yang kadang mengindahkan suasana. Bahaya memang bahaya. Risiko tetap ada. Tiada apa yang tiada risiko. Fikir baik dan doakan yang baik-baik sahajalah. 

Barangkali semangat baru nak kembali pulih.

Berbanding tahun lepas. Ramadhan sangat-sangat sepi. Bukan cuma sepi tapi sayu dan sangat pilu. Surau suram dan masjid apatah lagi. Mati. Mati semuanya. Kebas perasaan. Tahun ini semuanya seperti bertatih bangkit semula sedikit demi sedikit segenap sudut. Syukur sangat-sangat walau mungkin tidak boleh seagresif mana.

Bila mercun memecahkan suasana malam-malam Ramadhan ianya seperti satu percikkan api kecil yang sangat terang cahayanya dikegelapan yang pekat. Pada satu sisi ianya bukan suatu yang boleh digalakkan kerana ada risiko bahaya jika berlebihan dan tanpa pantauan namun pada satu sudut yang lain ianya sudah menjadi satu yang boleh dianggap adat dari dulu lagi bila adanya perayaan atau sambutan suatu peristiwa juga.

Bila Mercun Memecahkan Suasana Malam-malam Ramadhan
Gambar sekadar hiasan
Mercun papan. Ada yang panggil mercun cili



Apa pun itu ianya sekadar selingan sahaja. Apa yang penting tingkatkan amal ibadah kita setiap hari dan masa apatah lagi sekarang berada dibulan Ramadhan. Kesempatan ini isilah dengan sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya perkara yang baik. Bukan baik untuk diri sendiri sahaja malahan baik juga untuk persekiran kita.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Mercun Memecahkan Suasana Malam-malam Ramadhan

logoblog

6 ulasan:

  1. wah dah meriah ye area umah PC...
    sini masih suram lagi...

    BalasPadam
  2. Kat sini belum kedengaran lagi letupan mercun

    BalasPadam
  3. alhamdulillah riang sikit suasana

    BalasPadam
  4. Tahun lepas mmg kenangan raya dlm umah je sbb baru habis pantang. Hehe. Tahun ni dok umah pon tetap raya sakan pakai baju raya. Tetap onz

    BalasPadam
  5. Tahun lepas dpt dgr mercun di rumah mak. Tahun ni dh pindah tak dpt dgr suasana ramadhan dgn mercun

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..