Header Ads

Diri Sendiri Yang Rantai Nafsu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DIRI SENDIRI YANG RANTAI NAFSU. Bulan Ramadan bulan syaitan dirantai. Dibelenggu. Semua yang suka mengacau semua dikurung. Sekarang ni tinggal nafsu yang ada dalam diri kita sendiri yang susah nak dijinakkan. Memang susah. PC pun sama juga,  bab nak lentur nafsu Ya Allah beratnya. 

Kawal bab ni, eh, bab lain tak terkawal pulak. Bendung yang itu yang ini tak terbendung juga. Nafsu,  ya nafsu ada banyak mahunya. Pandai tawar menawar kadang mengalahkan iman dan akal. Pandai membuat percaturannya hingga kadang akal dan iman termampu menurut tanpa bantahan sedikit pun. Allahu. 

Bukan bulan Ramadan tidak boleh kawal nafsu cuma macam lebih sukar terutama ketika berbuka puasa. Tewas dimeja makan. Bila berpuasa ni sebenarnya yang lebih diperlukan adalah air minuman. Makan berat tidak seberapa juga. Ke PC je rasa macam ni. Waktu berbuka puasa dengan waktu tidur sangat dekat jadi berhati-hatilah. Risau membazir pula jadinya. 

Mahu mengatasi, mahu tidak mahu diri sendiri yang kena rantai nafsu. Dengan apa cara pun cubalah. InshaAllah boleh. Yakin boleh. 

Diri Sendiri Yang Rantai Nafsu
Diri Sendiri Yang Rantai Nafsu 

Sekian
Tinta PC
Diri Sendiri Yang Rantai Nafsu


logoblog

4 ulasan:

  1. Alhamdulilah bln ramadhan ni kita masih bole kawal nafsu terlebih makan hehehe..

    BalasPadam
  2. Semoga Kita berjaya memerangi nagsu

    BalasPadam
  3. Semoga dijauhi daripada amalan membazir

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..