Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan

KURANG LIMA HARI SAHAJA RAMADHAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Kurang lima hari inshaAllah kita semua akan berpuasa. Mendirikan rukun Islam ketiga. Semoga masih ada lagi peluang dan rezeki untuk kita berpuasa dibulan Ramadhan kali ini. Ditahun ini. Bersama-sama insan tersayang. Allahu. 

Mungkin sehingga hari ini masih ada yang gigih mengganti puasa yang ditinggalkan tahun lepas. Memang baki masin lebih kurang empat hari tapi untuk qada puasa ianya kurang daripada jumlah hari ini dibolehkan. Sehari sebelum Ramadhan kalau tidak silap PC tidak dibolehkan berpuasa lagi. Maaf kalau PC khilaf faham dalam menyampaikan. Cara orang lain-lain dalam urusan qada puasa. Ada orang suka qada awal. Ada orang suka qada hujung-hujung. Kalau boleh qada la awal kerana ke depannya kita tidak tahu seperti apa nantinya. kalau sihat, tidak berhalangan qadalah awal. Dah qada dah lega. Dah lapang fikiran.

Sebelum-sebelum ni tahun-tahun sebelum ujian COVID-19 hadir bila sebut sahaja nak masuk bulan Ramadhan, yang paling dan sentiasa dilakukan bagi orang yang bekemampuan adalah pergi tanah suci Mekah beribadah umrah. Sambut puasa di sana. Ada juga yang memilih pergi minggu-minggu akhir Ramadhan untuk mengecapi nikmat sepuluh malam terakhir dan sekaligus menyambut Aidilfitri di tanah suci. Allahu. Teringin juga sebenarnya. InshaAllah. Ada rezeki diusahakan. 

Kurang lima hari sahaja Ramadhan tentu masing-masing sudah membeli dan menyediakan stok kurma untuk bersahur dan berbuka puasakan. Nikmatnya. Aroma kurma terbau-bau dihidung ni. Rasanya terasa-rasa di anak tekak ni. Hui. Sunah dan untuk kesihatan juga sebenarnya buka cuma nikmat dan sedapnya sahaja bila makan buah kurma.

Ingat dulu zaman kanak-kanak. Bila masuk sahaja bulan puasa sebulan cuti mengaji. Hehehehe. Mula-mula arwah nyai (gelaran nenek untuk orang jawa) yang ajar PC mengaji, bila arwah nyai nak pergi haji disuruhnya PC ngaji dengan nenek jiran sebelah rumah PC yang ngajar pulak. Memang dia ngajar mengaji pun sebelum ni. Sampailah PC khatam dan boleh mengaji sendiri di rumah sahaja. Bila dah raya boleh PC pujuk mama suruh cakap dengan nenek tu bagi sambung cuti ngaji seminggu lagi. Hahahahaha. PC suruh mama minta seminggu boleh pulak mama cakap sambung cuti raya tiga hari je. Fuhhhhh. Tak boleh bawa bincang betul mama ni la. Nenek tu ok je. Mama pulak berkira nak bagi anaknya cuti lama-lama. Kalau PC cakap nak sambung cuti ngaji mahu dirembatnya dengan tunas pokok kopi oiiii. Kikikiki.

Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan
Gambar Sekadar Hiasan

Seiringnya waktu terkadang kita mesti hidup dalam kenyataan. Dalam waktu bersamaan juga kita tetap sahaja hidup dengan banyaknya babak dan kisah yang menjadi kenangan. Begitulah kita manusia. Semoga menuju Ramadhan ini kita semua persiapkan diri untuk fokus beribadah sebaik-baiknya. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selamat menyambut Ramadhan kak PC

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ni :)
    Selamat berpuasa PC.

    BalasPadam
  3. Selamat Menyambut Bulan yang mulia PC :)

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut Ramadhan PC.. semoga Ramadhan kali nie lebih baik dari sebelumnya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama