Usaha Sampai Jadi

USAHA SAMPAI JADI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Ya, usaha sampai jadi. Macam semai benih. Kena sentiasa pantau. Lagi-lagi bila dah mula bertunas. Siram, tabur baja dan letak ditempat yang beri cahaya mencukupi sentiasa. Dan begitu jugalah ceritanya dengan perjalanan hidup kita ini. Perdu Cinta dan sahabat semua.

Usaha sampai jadi. Bukan senang kerana semangat kita ini ada turun dan naiknya. Ada pasang dan surutnya juga. Kadang tenang kadang bergelora. kadang bersemangat sangat kadang jatuh sangat-sangat. Sukar dijangka dan susah juga nak diatur kerana kita manusia yang cuma Allah SWT boleh atur hamba-hambaNYA seperti apa dan bagaimana dengan caraNYA tersendiri. Tugas kita, usaha sampai jadi.

Kalau sekarang sedang berusaha untuk memulakan perniagaan pelajari selok belok perniagaan sebetul-betulnya. Rujuk dan cari yang bertauliah. Buat sungguh-sungguh. kalau sedang berusaha perbaiki diri sama juga, cari dan usahakan pelajari ilmu yang betul, yang lurus dan diterima oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan hadis. Jangan main ikut-ikut dan ikut logik sendiri. Bahaya boleh tersesat, boleh terpesong akidah nanti. Cari redha Allah bukan murka Allah. InshaAllah selamat.

Mana-mana pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat daripada darah daging dan keturunan sendiri baik yang baru sahaja bernikah atau sudah sekian lama mendirikan rumahtangga, tetap juga usaha sampai jadi. Niatkan kerana Allah, usaha kerana Allah. Jumpa dan minta nasihat ramai orang, yang pakar juga dalam bidan perubatan dan kesihatan tapi jalam masa sama jangan memperkecilkan nasihat orang tua-tua yang terlebih dahulu berpengalaman daripada kita. begitu juga dalam segenap hal yang sedang kita usahakan atau mahu usahakan. Usaha sampai jadi. 

Usaha Sampai Jadi
Gambar Sekadar Hiasan

Usaha sampai jadi perlu tapi tidak bererti terburu-buru atau gelojoh ya. Usaha sampai jadi bererti jangan mudah mengalah atau berputus asa. Jangan buat separuh jalan kecuali ada sebab yang tidak boleh kita elakkan. Kalau rasa mahu mengalah cari suasan baharu untuk mencari dan mendapatkan semangat semula agar lebih kuat berusaha. Minta pendapat dan nasihat daripada orang lain pun tak ada salahnya juga. Jangan segan. Usaha sampai jadi, doakan pun jangan berhenti.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Usaha sampai jadi




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu, lebih tepat jangan pernah berputus asa kan :)

    BalasPadam
  2. Chaiyokkk kepada yang sedang berusaha..
    Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan :)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Betul tu, jangan mudah berputus asa. Usaha tangga kejayaan! Fighting! :)

    BalasPadam
  5. nak semangat usaha sampai jadi tu la, susah

    BalasPadam
  6. Jangan give up dan istiqamah nak berusaha dapatkan sesuatu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama