Header Ads

Sebelas Dasar Indahnya Mahligai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBELAS DASAR INDAHNYA MAHLIGAI. Enam rukun iman. Lima rukun Islam. Inilah salah satu nikmat yang Allah SWT beri kepada kita. Sedar atau tidak sahaja kita ini dalam menghayati hidup sebagai Islam. Allahu Allah. Menyayangi atau mempersenda. Mengahargai atau selalu mengabaikan. Atau menyanjung agama bila ada niat yang tersirat sahaja.

Sebelas Dasar Indahnya Mahligai
Sebelas Dasar Indahnya Mahligai

Tegakkan tiang-tiang agama dan bersihkann juga  harta-harta yang ada. Bersihkan bukan habiskan tanpa hala tuju. Lain. Kalau nak habiskan harta ke jalan Allah SWT, mahu dan mampu tidak ada salahnya juga, dipersilakan. Bismillah. Tiang PC sendiri tidak sekkuh mana pun, kadang tegak dan lurus,eh kadang condong juga kerana PC tidak terhindar daripada lakukan dosa jugakan. Babah mama selalu pesan, tegak belum tentu benar-benar kukuh atau condong sekalipun jangan sampai tercabut daripada dasarnya. Selagi masih berdiri dan mendasar pangkalnya usahakan unutk terus diperbaiki dan diperbetulkan setiap hari. Sentiasa. InshaAllah.

Sama juga dengan rezeki, memang tidak semuanya kepunyaan kita. Keluarkanlah zakat untuk mencantikkan harta yang ada dan sedekah juga. Jangan jauh-jauh dulu, mulakan sedekah kepada keluarga paling hampir sahaja terlebih dahulu, kemudian lebarkan langkah lebih jauh dan memberi kepada lebih yang memerlukan.

Sembahyang dan zakat. Dua dasar daripada sebelas dasar. Cuma di dunia sahaja nanti bila di akhirat, di mahsyar semua ini yang kita ambil cuma ganjarannya sahaja untuk meneruskan kehidupan abadi.

Sekian.


logoblog

2 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..