Header Ads

Sebab Sudah Tahu Atau Sebab Belum Tahu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBAB SUDAH TAHU ATAU SEBAB BELUM TAHU. Memberitahu sebab tahu dan memberi tahu walau tidak tahu. Sekarang susah nak bezakan yang mana benar yang mana silap. Yang mana fakta yang mana dusta. Kalau dulu rasa susah sekarang lebih susah kerana semuanya sangat mudah dan cepat boleh diakses serta boleh disebarkan ke mana-mana juga kepada sesiapa pun.

Sebab sudah tahu. Ada orang buat sesuatu walaupun kelihatan salah pada orang dia tetap lakukan sebab sudah lebih tahu. Lebih mahir dan lebih menguasai serta lebih mendalami. Cuma dia tidak mahu memberitahu kepada orang lain bahawa dia tahu akan hal itu.Sehinggakan mengheret pelbagai pandangan dan komen daripada orang lain. Komen yang bukan-bukan dan komen yang menyakitkan juga kadangkala. Justeru itu bila sudah tahu dan yakin akan benarnya adalah lebih baik dimaklumkan dengan cara  dan disaluran yang betul. Jelaskan. Apa pun itu hal atau perkaranya. Keadaan jadi tenang. orang pun tak membesarkan kantong dosa angkara bersangka-sangka dan fitnah.

Sebab belum tahu. Kita sendiri tahu dan pastinya sedar dirikan. ''Owh aku tak tahu ni sebenarnya''. Tahu atau tidak tahu akan sesuatu hal atau perkara. Kalau memang tidak tahu, berterus terang sahaja tidak tahu atau kalau sedang mencari tahu, pun cakap sahaja sedang belajar atau mempelajari. Jangan seperti tahu. Jangan buat-buat tahu kerana itu berbahaya bukan pada diri sendiri sahaja tetapi melibatkan orang lain juga.

Sebab sudah tahu itu betul, awak buat pahala dapatnya. Sebab sudah tahu itu salah dan awak buat itu menempah sengsara hujungnya. Bila kita tidak tahu yang sebenarnya orang tahu kemudian kita bersangka yang bukan-bukan itu lebih parah. Justeru itu berhati-hatilah. Berasa tahu itu banyak risikonya berbanding sepi dalm pengetahuan yang semampunya.

Sekian.
Tinta PC
Sebab Sudah Tahu Atau Sebab Belum Tahu 

4 comments:

  1. Senang kata biar kita jadi orang yang tahu tapi bersederhana. Bila perlu baru kita beri pendapat. Sebaiknya diam lebih baik.

    ReplyDelete
  2. kita ja yg tau apa yg kita buat..smua ketentuan ats diri kita

    ReplyDelete
  3. Part sharing group tu tak suka. Hmm. Mudah sgt share tanpa periksa dulu spam ke apa. Jadi kita kena lah Hati2 nk berbicara.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..