LEBIH BAIK SEDIKIT-SEDIKIT DARIPADA MEMBAZIR. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Ambil banyak kali tak apa daripada ambil sekali banyak-banyak kemudian tak habis. Rugi. Membazir. Inilah yang selalu mama babah pesan kepada PC, dari PC kecil sampailah sekarang bila ambil makanan. Lagi penuh pinggan lagi risau. Risau potensi tak habisnya lebih tinggi. Lebih-lebih lagi sekarang berada dibulan Ramadan. Dapat minum air suam, kurma atau sedikit manisan kuih muih pun kadang dah penuh perut. Alhamdulillah.
Keberkatan rezeki bermula daripada perkerjaan yang dilakukan. Kita kerja, dapat duit atau hasil kemudian beli makanan, makan dan itulah yang menjadi darah daging yang di bawa sampai mati. Nanti tubuh kita hancur sebati dengan bumi tapi amal kita tetap sahaja hidup menjadi benteng dan pembela.Salah satu daripadanya adalah hasil keberkatan darah daging dahulu semasa ada hayat.
Mungkin keberkatan pada makanan atau minuman kita berada pada suapan terakhir setelah habis sepinggan menu. Boleh jadi pada tegukkan pertama masa kita minum. Siapa tahukan. Yang tahu cuma Allah SWT. Jadi, bila makan sedikit-sedikit tapi makan atau minum sampai habis. Sampai selesai. Tak tamak dan tak membazir tu pun Tuhan suka dan sayang. Aamiin.
Lagi satu, makan sedikit-sedikit tetapi kerap pun membantu menurunkan berat badan juga kalau tak silap PC la. jangan takut tak cukup atau tak dapat bahagian. Rezeki untuk kita inshaAllah selalu ada.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lebih Baik Sedikit-sedikit Daripada Membazir
Tags:
Santai
Kadar pembaziran makanan lebih tinggi pada setiap bulan ramadan
BalasPadamtak baik membazir kan
BalasPadambetul..biar sikit asalkn tidak jadi pembaziran
BalasPadambln ramadhan sllaunya nafsu lebih tu yg kena elak kn dr pembaziran...
BalasPadamThis was a lovely blog poost
BalasPadam