Header Ads

Luar Kotak Fikiran

LUAR KOTAK FIKIRANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sebelas Ramadan. Eh dah sebelas Ramadan la. Alhamdulillah. Nikmat puasa. Nikmat juadah berbuka. Nikmat solat sunat tarawih. Nikmat melalui siang dan malam Ramadan. Nikmat yang melimpah daripada Allah swt untuk kita semua. Namun satu hal yang mesti tetap diperhatikan dan kita ambil kisah adalah tetap menjaga kesihatan cara keseluruhan juga. Zahiriah dan batiniah.

Banyak perkara terjadi di luar kotak fikiran kita manusia. Kita fikir begini jadinya begitu. Kita beranggapan macam tu eh lain pula terjadinya. kadang tak terlintas difikiran pun dan itulah yang terjadi pula. Kerana hidup kita keseluruhannya adalah bawah aturan dan ketetapan DIA YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGATUR. namun begitu kerana DIA juga mewah dengan kasih dan sayang maka ada ketetapan itu berubah berdasarkan usaha dan doa daripada kita juga.

Luar kotak fikiran. Yang baik-baik. Yang kreatif, yang kejutan itu sering berlaku dan dilakukan. Tidak mengapa pun kalau perkara yang menyenangkan diri sendiri dan orang lain yang dilakukan. Baguslah. Apa yang tak bagus adalah fikiran lur kotaknya yang aneh-aneh. Memudaratkan diri sendiri dan orang lain juga. Lebih bahaya bersangka-sangka yang bukan-bukan dan pelik-pelik bukan sahaja pada sasama manusia tapi lebih parah dengan Tuhan pun sangkaannya sampai hancur kotak fikiran. Janganlah.

Bulan Ramadan ni, jangan lakukan sesuatu luar kotak fikiran yang boleh tipiskan ganjaran kebaikkan yang telah dikumpulkan. Rugikan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Luar kotak fikiraan

logoblog

6 ulasan:

  1. Berfikir di luar kotak untuk hasil yang lebih baik

    BalasPadam
  2. berfkir positif penting n terbaik walau lain ideanya

    BalasPadam
  3. SA setuju...tapi bila kita berfikir di luar kotak, selalunya pendapat kita tak diendahkan...ye la..kita bukan siapa2 kan...

    BalasPadam
  4. Ya, ada orang boleh terima cara kita, ada orang tak boleh terima..kena tengok juga lah siapa penerimanya sebelum buat apa2 di luar kebiasaan

    BalasPadam
  5. betul, kumpul sebanyak pahala yg boleh... kan

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..