Seiringkan Jangan Tinggalkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEIRINGKAN JANGAN TINGGALKAN. 11 Ramadan  1442H. Allahu. Alhamdulillah. Syukur. Sebelas hari dah kita menjalani ibadah puasa. Tidak mudah walau ini buan kali pertama. Setiap Ramadan ada kisahnya. Setiap Ramadan cabarannya berbeza-beza. Ada warnanya yang tersendiri. Tahun sudah kisahnya begitu. Tahun ini kisahnya begini pula. Apa pun terus bersyukur dan jangan bosan berdoa minta redha dan bantuan daripada Allah SWT. Sentiasa.

Seiringkan Jangan Tinggalkan
Seiringkan Jangan Tinggalkan

Bukan setiap hari malahan bagi detik ada cabarannya yang tersendiri. Kita manusia biasa kadang menjadi sang juara kadang menjadi manusia paling lemas dan tewas. Ada masanya seakan iman sangat teguh, adakal imannya paling rapuh. PC la tu. Terkadang kaki kanan kuat melangkah sedang kaki kiri terasa seperti lenguh dan lemah. Sepasang telinga juga ada waktunya hanya sebalh sahaja yang jelas pendengarannya. Begitu jugalah dalam kehidupan, ada detiknya tidak berupaya untuk setarakan atau seiringkan. Namun, sekuat semangat dan kudrat cubalah seiringkan jangan tinggalkan ya. 

Seiringkan jangan tinggalkan lebih-lebih lagi ketika keletihan, sibuk dan bermusafir. Ini antara sebab yang sering meninbulkan banyaknya alasan. PC sendiri pun tidak terlepas daripada hal seperti ini. Terutama ketika bermusafir. Bila cukup syarat yang membolehkan solat itu dijamak dan qasar kan maka lakukanlah  dengan segera dan taat. Sebenarnya tidak ada alasan pun. Selalu ada kaedahnya cuma mungkin PC sendiri tercicir.

Bukan soal solat ketika musafir sahaja, hal-hal lain pun kalau boleh lakukan maka lakukanlah dalam waktu yang sama mengikut seperti perintah dan keperluan yang diperbolehkan. Situasi itu cuma kita yang tahu.

Sekian.
With Love PC
Seiringkan Jangan Tinggalkan



3 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.