MULAKAN DENGAN DOA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Doa itu senjata dan pendinging. Doa juga kunci dan penawar. Doa menjadi perantara hajat-hajat sekalian hambaNYA yang menginginkan sesuatu diterjemahkan melalui doa. Doa. Minta. Merayu kepada Allah swt. Nak berdoa ada caranya. Ada adabnya. Ya ada. Memang boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja namun tetap ada akhlak yang perlu dijaga. Tak boleh juga ikut rasa. Tak manis juga hentam sesukanya pula. Kalau mahu meminta memang wajar ada tatatertibnya. Macam kita nak minta dengan orang sesuatu baik itu barang atau pertolongan, kena ada berbahasa, kalau tak ada adab atau asal boleh mesti orang pun keberatan nak memberi atau meminjamkan.
Mulakan dengan doa. Nak buat sesuatu mulakan dengan doa. Kalau tak pandai dalam bahasa arab atau baca dalam jawi, bacalah dalam bahasa Melayu. Jangan risau Allah luas pengetahuannya. MAHA MENGETAHUI. Kalau nak buat perkara tak baik, doa dulu, mesti tak jadi buat perkara tak baik tu. Apapun hal kebaikkan yang mahu kita lakukan mulakan dengan doa. Paling tidak pun baca bissmillah. Itu pun doa juga. Jangan pandang remeh kalimah bissmillah tu. Boleh je. Islam agama yang sangan indah dan mewah dengan doa yang baik-baik, yang diajarkan dan disebarkan. Cuma terserah kepada kita mahu mencari dan mengamalkannya atau sebaliknya. Itu sahaja.
Ditambah sekarang bulan Ramadan. Perbanyakkan doa untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga. Sedekah doa. Pun boleh. Mengapa tidak. Tidak semua urusan hidup kita lancar dan berjaya kerana usaha semata-mata kerana ada juga kejayaan atau kecemerlangan itu boleh jadi awal mulanya dengan doa-doa yang dikabulkan olehNYA.
Justeru itu mulakan dengan doa.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Mulakan dengan doa
Tags:
Santai
Saya nak menaip entri pun siap berdoa,,,hehe
BalasPadamBetul, paling mudah doa baca je Bismillah sebelum memulakan sesuatu.
Wkmsalam.
BalasPadamMulakan sesuatu yang kita lakukan dengan doa
Betul tu, nak buat sesuatu paling koman sebut Bismillah..
BalasPadamsama2 la kita perbanyakkan doa dlm apa jua yg dilakukan..nk2 bln ramadan ni kan
BalasPadam