Ada Prosesnya

ADA PROSESNYAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Semua ada prosesnya. Allah swt mahu dan izinkan begitu. Satu persatu. Berperingkat. Untuk mendidik hati hamba-hambaNYA juga. Lebih usaha. Lebih berdoa. Lebih tawakal. Lebih Sabar. Lebih syukur. Kenapa lebih. Kerana asas usaha, doa, tawakal, sabar dan syukur itu sebenarnya dah ada dalam diri setiap kita cuma kadarnya sahaja berbeza-beza satu dengan yang lain. Semua ada prosesnya.

Semua ada prosesnya. Kalau diperhatikan apa pun itu walau yang segera dan sesuatu yang mudah tetap sahaja ada prosesnya. Apa yang segera atau mudah itu diawali dengan banyaknya proses juga, cuma sampai dan kita terima sudah menjadi sesutu yang mudah dan segera. Contoh paling mudah. Mee segera. Atau mee maggie. Sampai kepada kita pelanggan, pengguna serta pembeli memang mudah nak memasaknya. Cuba ambil kira dari mencari bahan mentah dan pembuatannya dikilang semuanya ada prosesnya.

Apatah lagi dalam kehidupan kita. Daripada kita dalam rahim ibu, itu semua ada prosesnya. Ada jalan cerita dan perjuangannya. Kerjasama ibu ayah kita. Izin DIA yang Maha Pencipta juga. Semua ada prosesnya. Kita lahir, tumbuh menjadi bayi, kanak-kanak, remaja seterusnya dewasa dan tua. Tentu ada lika liku dan prosesnya. 

Percayalah setiap apa yang telah dan bakal kita miliki dan perolehi tentu ada prosesnya. Ada jalan ceritanya juga. Panjang atau pendek sahaja tempoh waktu dan prosesnya yang perlu kita tempuh. Kalau boleh jangan melatah dan patah semangat melalui sebarang proses kerana dalam setiap proses itu tidak semuanya manis dan indah biarpun hujungnya berakhir nikmat.

Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan juga satu proses. Ada prosesnya. Ada orang umur 40 tahun baru sempurna rukun islam ketiganya. Ada orang belum baling sudah cantik rukun Islam ketiga ini. PC percaya, semua ada prosesnya. Paling penting jangan jemu mencari hidayah Allah swt.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ada prosesnya

3 comments:

  1. Wkmsalam
    Proses kehidupan mengajar kita menjadi matang

    ReplyDelete
  2. betul tu..setiap apa yang kita target, kena ada tindakan...dan usaha kita adalah proses untuk kita capai target kita tu..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.