Hujung-hujung Terasa Semakin Lebih Cepat

HUJUNG-HUJUNG TERASA SEMAKIN LEBIH CEPAT. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. 17 Ramadan. Bererti hari ini hari ke-17 kita berpuasa. Seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Bermakna kurang dua minggu kita berada dalam suasana Ramadan. Tentunya masing-masing sudah membuat persiapan raya. Beli baju raya dan seangkatan dengannyalah. Membuat persiapan raya menjadi anak rantau satu yang memedihkan. Buat persiapan tapi tak dapat berkumpul dengan keluarga. Keluarga ok lagi tapi tak dapat bersama-sama dengan ibu bapa itu lebih berat dan sakit. Mungkin ada yang sinis akan hal ini, kena ingat juga penerimaan orang tak sama. Kalau awak suka makan belacan jangan paksa orang lain suka makan belacan juga. Begitulah.

Membuat keputusan yang terbaik. Perlu jelas terbaik itu untuk siapa sebenarnya. Keputusan berberapa pihak untuk menundukkan banyak pihak. Atau sebenar ada yang tersirat juga. Entahlah. Kalau berasa awak di atas, silap besar kerana ada lagi yang LEBIH AGUNG DI ATAS. Sebenarnya label kita sama sahaja di bawah. menang-menag itu sukar tanpa adil. Selalunya menang-kalah dan tertindas. Apa sahaja keputusan kalau berhujung menyakiti tidak akan ke mana kerana tiada keberkatan melainkan mewah dengan kata kesat, kasar yang menjadi doa. Hakikat. Belajar untuk menerima. Sandarkan kepada Tuhan sungguh-sungguh setelah usaha mencegah.

Macam tak percaya, tapi biasanya macam itulah. Apapun kalau dah hujung-hujung terasa semakin lebih cepat. Termasuklah ketika berpuasa ni. Cepat dah nak menuju sepuluh malam terakhir. Bila dah masuk sepuluh malam terakhir lagi la cepat masa tu. Allahuakbar. Semakin cepat juga tak kita berubah lebih baik. Pertanyaan juga tu pada diri PC sendiri.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hujung-hujung Terasa Semakin Lebih Cepat

5 comments:

  1. Betul PC, sekejap je kan masa berlalu. Dah nak masuk 10 hari terakhir dah. Memang cepat betul hari berlalu.

    ReplyDelete
  2. Pastu cpt je nk msk lailatulqadar kn..

    ReplyDelete
  3. betul.. kejap je masa berjalan :)

    ReplyDelete
  4. Ramadan beransur lalu sebelum ditinggalkannikmati rahmat-Nya sebaiknya

    ReplyDelete
  5. betul..bila da berlalu separuh masa pertama, separuh masa kedua tu cepat je habis..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.