Jangan Rosakkan Tanpa Sebab Yang Kukuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN ROSAKKAN TANPA SEBAB YANG KUKUH. Hari ini hari akhir di bulan April. Jumaat barakah menjadi penutupnya sebelum esok inshaAllah kita semua melangkah ke bulan Mei. MasyaAllah. 18 Ramadan dah. Sekejapnya. Dah lebih setengah bulan kita berpuasakan. Kurang dua minggu lagi Ramadan bakal berakhir. Kurang dua minggu tu tak lama sebenarnya. Sedih. Entah rasa ini menyelubungi hati. ''Ya Allah, jumpa lagi dan ada rezeki tak aku ni puasa akan datang''. Ini yang sentiasa PC rasakan. Benarlah setiap kematian itu adalah pengajaran dan pelajaran terbaik untuk yang masih bernyawa ini. Untuk kita semua.

Bersyukurlah kita masih hidup. Masih boleh berpuasa dengan sebaik-baiknya. Bangun sahur. Solat. Menyediakan juadah berbuka puasa. Menikmati bermacam menu mengikut yang kita ingini. Alhamdulillah. Ada orang Ramadan tahun lepas adalah Ramadan terakhirnya. Ada yang puasa tidak sempat habis pun sebulan sudah kembali kepada Pencipta. Jadi kita jangan sia-siakan kesempatan yang ada.

Jangan Rosakkan Tanpa Sebab Yang Kukuh
Jangan Rosakkan Tanpa Sebab Yang Kukuh

Jangan rosakkan tanpa sebab yang kukuh. Orang yang tidak dapat berpuasa teringin sangat nak merasai nikmatnya berpuasa. Jadi kalau kita boleh berpuaa dengan baik, puasalah jangan rosakkan tanpa sebab yang kukuh rukun Islam ketiga ni. Wajib bererti buat dapat pahala tinggalkan dosa. lagi-lagi dengan sengaja tinggalkannya tu. KECUALI ada sebab yang paling kukuh maka dibenarkan. Islam memberatkan pada tempatnya dan Islam juga meringankan pada situasinya. Yang penting jangan ambil kesempatan. Kalau rasa ragu rujuklah pada pihak yang lebih tahu dan mahir. Tanya jangan bantai ikut logik sendiri. jangan ikut-ikut pendapat atau fatwa orang. Memang tidak salah, tapi tidak menjadi satu kerugian juga kalau bertanya kepada yang lebih arif.

Sekian
With Love PC
Jangan Rosakkan Tanpa Sebab Yang Kukuh



3 comments:

  1. sekejap betul, dah nak masuk bulan Mei rupanya ek!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PC...
    puasa kali ni so far terpaksa tinggalkan dah 5 hari atas sbab2 biasa kaum wanita hehehe

    ReplyDelete
  3. mana boleh ikut lojik sendiri...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.