Mungkin Sebelum Ni Cuma Cakap Je

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MUNGKIN SEBELUN NI CUMA CAKAP JE. Dari bangun tidur awal pagi hinggalah tidur semula lewat malam entah berapa ratus atau ribu patah perkataan yang kita ucapkan, yang keluar dari mulut kita. Apa sahaja yang kita lisankan. Itu sehari, kalau didarab dengan umur kita hingga sekarang perhari sedari usia pandai dan tahu bercakap, wow tidak terhitung apa yang telah kita lisankan. Berapa banyak janji yang kita mungkiri beralasan sekadar gurauan semata. Sudah berapa banyak luka dan parut yang berbekas pada hati orang lain. Tidak terhitung rasanya. Dan takut juga sebenarnya. Ditambah sekarang lisannya dihujung jari, senyap tapi dosa pahala mengalir deras dan sentiasa. Allahu.

Semua orang mahu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Mahu jadi yang sesempurna mungkin juga sekadar selayaknya hamba yang biasa-biasa. Mahu berubah, mahu perbaiki diri, tidak mahu mengulangi dan tidak mahu melakukan hal tidak baik. Adakah benar-benar dilakukan atau cuma ucapan atau kata-kata sahaja. Cakap memang sedang oi nak buat payah oi. Tai kalau tak mula bila nak berubahnya. Bila nak jadinya. Kita tak tahu umur kita ni samapi ke angka berapa. 

Kalau sebelum ni semua asyik cakap sahaja, nah sekarang mulakan pula. Jika sebelum ni begitu begini, cuba gantikan dengan senyap tapi bergerak dan laksana. Mana tahukan berkat Ramadan. Lagi satu, perasan atau tidak kadang apa yang sebelum ni cuma cakap je tapi akhirnya berlaku pada kita atau orang lain. Macam juga doalah, kadang bukan doa hari ni dapat hari ni kan. Allah izin berlaku pada waktu yang paling tepat dan terbaik untuk hamba-hambaNYA.

Mungkin Sebelum Ni Cuma Cakap Je
Mungkin Sebelum Ni Cuma Cakap Je 

Sekian
Tinta PC
Mungkin Sebelum Ni Cuma Cakap Je


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama