Pernikahan Dikala Pandemik COVID-19

PERNIKAHAN DIKALA PANDEMIK COVID-19بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. Setahun lebih kita semua berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menuruti segala peraturan, arahan dan perintah. Diam tak diam dan setahun lebih. Dalam pada masing-masing begitu begini meluapkan bermacam rasa dan pendapat, tetap sahaja menjalani rutih harian dengan keadaan yang paling baik dan maksimum. Pandemik COVID-19 ni sangat-sangat memberi kesan yang mendalam dan serius. Sangat serius bagi PC. 

Apatah lagi di awal-awal ianya berlaku dan menyebar ke mana-mana. Allahu. Seperti segalanya direntap dan dirampas dengan sekelip mata. Berat untuk diterima dan berat juga untuk digalas dengan hati dan fikiran yang terbuka dan sentiasa positif. Tidak mudah untuk bersangka baik. Setiap hari ada sahaja yang mahu saling menyalahkan dan menuding jari. Biarpun msih merasai beban dan sakitnya namun seiringnya waktu kita semua sudah mula terima dan beradabtasi dengan situasi. Ya, walau tidak seratus peratus. Rasa-rasa pedih itu masih ada dan terasa.

Banyak aktiviti tergendala, tertangguh, tergantung dan terbatal juga. Banyak. Apatah lagi sumber pendapatan yang benar-benar terjejas. Semakin lama semakin ada sedikit demi sedikit kelonggaran dan syarat yang membolehkan. Berlaku dalam keluarga PC sendiri juga di mana berberapa orang sepupu PC harus menunda dan mengubah tarikh pernikahan mereka sedari bermulanya timbul pandemik ini. 

Pernikahan Dikala Pandemik COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Ilmu baharu. Kebiasaan baharu. Sistem baharu. Banyak yang baharu mesti dilalui. Pernikahan dikala pendemik COVID-19. Semua mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Tetap perlu menjaga jarak. Mengutamakan kebersihan dan kesihatan. Penggunaan hand sanitizer dan mask. Swab test jika perlu dan diperlukan. majlis pernikahan adalah salah satu sebab kaum keluarga bertemu dan berkumpul. Tidak dalam keadaan sekarang. Semua ada hadnya yang dibenarkan. Mesti dipatuhi untuk kebaikkan bersama. Meraikan dalam talian, melihat dalam talian, dan sama-sama mendoakan juga dalam talian. Satu sudut ianya menyedihkan tapi pada satu sudut yang lain ianya tetap ada kesan baiknya juga. Tidak mengapa tidak ramai yang dapat hadir dan meraikan apa paling penting ramai yang sentiasa mendoakan. Hari ini ada seorang sepupu PC bernikah dipejabat agama. Dan nanti empat hari lagi ada lagi seorang sepupu PC akan bernikah juga pun di pejabat agama. Dua-dua sepupu PC ni lelaki. Sorang anak maklong. Sorang lagi anak pakngah.

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pernikahan Dikala Pandemik COVID-19

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. nikah di musim covid ni ada pro n cons la...
    untung nya sbb jimat belanja...
    yg x best nya x dapat nak kongsi detik2 perkahwinan ngan orang lain..
    kan.... :)

    ramai opismet kita amek kesempatan nikah time2 covid ni hahaha... jimat kata nya..
    cousin kita pun ada 2 3 orang selamat juga bernikah time2 skrg ni.

    BalasPadam
  2. Norma baharu.... sebahagian kita dah...

    BalasPadam
  3. Bila dah ramai2 tu, kekadang SOP pun main langgar aje.

    BalasPadam
  4. perlu bijak beradaprasi dng situasi sambil berhati hati ndoa agar xdijangkiti wabak

    BalasPadam
  5. swab test sakit :( pernah kena and tanak for 2nd time

    BalasPadam
  6. So far dah boleh buat majlis kecik2 pun jadi la sbb ada momen. dulu takleh majlis langsung, nikah pun online je.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama