Header Ads

Sempurnakan Dan Jaga Yang Wajib

SEMPURNAKAN DAN JAGA YANG WAJIBبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sepanjang hayat. Selagi Tuhan izinkan kita bernafas. Berdenyut nadi. Sempurnakan dan jagalah yang wajib. Kerana yang wajib itu buat berpahala sedangkan bila sengaja ditinggalkan atau diabaikan tanpa alasan yang paling kukuh menjadi dosa. Ini ingatan untuk PC juga yang sangat tidak terkecuali.

Saiapapun kita, apapun bangsa, agama, budaya dan kepercayaan kita PC yakin diajarkan dan diingatkan akan perkara yang baik-baik dan benar. Begitu juga dan apatah lagi agama Islam. Selagi berdaya usahakan buat yang terbaik. Dirikan dan mantapkan apa yang wajib itu. Dah buat, dah tuanikan, jaga betul-betul. Setiap masa. Setiap hari.

Lebih-lebih lagi sekarang berada dibulan Ramadan kan. Mesti lebih bersungguh-sungguhlah. jangan diheboh tidak lengkap atau tidak sempurna yang sunat. paling penting yang wajib didahulukan. Jangan dirisau yang sunat tidak sempurna lebih baik takut bila yang wajib lintang pukang. jangan dijadikan isu dan perbandingan bila yang sunat rongak-rongak tapi bersedihlah bila yang wajib kadang-kadang.

Urusan yang wajib ada banyak. Urusan yang sunat pun ada pelbagai. Telah ditetapkan bahagian dan keperluan masing-masing oleh Allah swt untuk kita bila dan sebab apa untuk melakukannya. Jangan diperli-perli orang yang tak pergi solat tarawih tau. jangan diketawakan juga orang yang khatam  Al Quran.

Baru nak noktahkan eh muncul pulak kisah khatam Al Quran ni. Ini pun satu hal juga. Tak perlu juga siasat orang kau khatam berapa kali. Aku khatam sekian kali. Dapat khatam alhamdulillah. Belum khatam tak dosa pun. Kalau dapat khatam Al Quran seumur hidup sekali pun alhamdulillah. Kalau boleh khatam Al Quran setiap hari pun lagi alhamdulillah tapi jangan dijadikan perbandingan dan isu.

Sempurnakan Dan Jaga Yang Wajib

Membaca, mendasari, memahami dan mempraktikkan isi Al Quran dalam kehidupan itu lebih baik berbanding menghitung berapa banyak kalinya awak khatam Al Quran.  Tamat berkali-kali membaca Al Quran namun seolah tiada kesan dan hasil yang  mengubah keperibadian menjadi lebih baik pun itu tidak molek juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sempurnakan dan jaga yang wajib 

logoblog

4 ulasan:

  1. Sempurnakan yang wajib
    Tambah amalan2 lain yang dituntut
    Semarakkan ramadan dengan amal dan kebajikan

    BalasPadam
  2. baca alquran selalu usai semua khatamlah

    BalasPadam
  3. One of the essential benefits of web based preparing is that it will in general be gotten to from wherever, any time. In web based tutoring, teachers and understudies can set their own learning pace, which helps in a predominant balance of work and studies. Internet tutoring has seen quick improvement over the several numerous years.

    BalasPadam
  4. If you are looking for Rent a Car in Islamabad or Rent a Car Rawalpindi then you are on right place.
    Pakistan Qureshi Tours offer all types of cars for rent
    Rent a Car

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..