Header Ads

Berlabuh Sudah Tirai Ramadan 1442H 2021

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERLABUH SUDAH TIRAI RAMADAN 1442H 2021. Rasa macam semalam dengar pengumuman tarikh mula puasa. Eh hari ini hari terakhir kita semua berpuasa. Allahu. Sedih dan gembira menyatu menyelubungi hati. Sedih kerana Ramadan berakhir dan belum tentu ada lagi Ramadan untuk PC, gembira kerana Allah SWT izin PC berpuasa dalam keadaan kesihatan dan kemampuan yang baik selain esok kita sama-sama meraikan Aidilfitri. Allahu.

Masa kecil suka sangat raya. Bila dah semakin tua ni macam lebih tenang di bulan Ramadan. Syawal ni macam hadiah indah sahaja. Apa pun semua yang Allah beri dan izin syukuri dan jangan kufur nikmat nanti Allah tarik semula rezeki kita. Tak gitu. PC ingatkan untuk diri sendiri terutamanya. 

BERLABUH SUDAH TIRAI RAMADAN 1442H 2021. Sudah tamat. Sudah berakhir kisah Ramadan kali ini. Nanti kalau Allah SWT izin dan beri rezeki, kita bertemu lagi ditahun 2022 pula. Ramadan 1443H. InshaAllah. Aamiin. Setiap Ramadan ada sahaja kelainannya. Cuma diri sendiri dan Allah yang tahu apa yang hambaNYA terima, lalui dan rasa. Moga sebulan ini menjadi satu permulaan baharu untuk diri kita menjadi lebih istiqhamah berubah ke arah lebih baik. Aamiin.

Berlabuh Sudah Tirai Ramadan 1442H 2021
Berlabuh Sudah Tirai Ramadan 1442H 2021 

Terima kasih Allah atas nikmat Ramadan tahun ini.

Sekian
Tinta PC
Berlabuh Sudah Tirai Ramadan 1442H 2021


logoblog

2 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..