Header Ads

Jangan Sampai Tidak Perasan Akan Hal Ini

JANGAN SAMPAI TIDAK PERASAN AKAN HAL INIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. banyak perkara terjadi dan banyak juga yang kita lalui. Apatah lagi dari awal tahun 2020. Tidak siapa menjangka negara didatangi virus yang sehingga kini masih lagi ada dan berlarutan. Allahu. Corona Virus. COVID19. Sana sini membicarakan akan hal ini. Sana sini juga risau dan rungsing akan apa yang sedang dialami sekarang. MasyaAllah. Sesungguhnya kita hamba. Usaha, doa dan hujungnya tawakal kepadaNYA juga. 

Sibuk dengan urusan masing-masing. Sibuk dengan pelbagai aktiviti masing-masing. Setiap kita memeras otak berfikir dan terus berfikir mencari solusi terbaik. Mendengar arahan, menerima perintah dan akur dengan apa yang telah diputusakan terbaik untuk kebaikkan bersama-sama. Ada ketikanya rasa pada tahap paling bawah. Ada masanya bangkit semula. Apa yang dihadapi sekarang semua ujian daripadaNYA. Tidak boleh dinafikan lagi. Cuma macam mana kita nak urus dengan paling baik dan bijak.

Bagai badai menghempas daratan. Ada yang terselamat, ada yang hanyur di bawa arus dan ombak. Inilah situasi terkini sudah setahun lebih kita semua sama-sama hadapi dan cuba hadam sedikit demi sedikit setiap hari. Dalam sibuk begitu begini, jangan sampai tidak perasa akan hal ini.

Apa.

Ya apa.

Nikmat yang Allah swt pinjamkan sedang diambil sedikit demi sedikit.

Nikmat beribadah. Nikmat pekerjaan. Nikmat kegembiraan. Nikmat kebebasan. Nikmat peluk cium ibu bapa dan adik beradik serta keluarga. Nikmat bersosial. Dan pelbagai nikmat lain juga. 

Tak tahu kenapa PC berasa akan hal ini. Terdetik dalam hati, ini bukan cuma suatu yang biasa tapi ada sesuatu yang Allah swt sertakan untuk kita berfikir lebih mendalam dan sedar akan banyak hal. COVID19 adalah asbab. Ya, menjadi salah satu asbab. Sudah sedarkah kita  atau masih belum perasan akan perkara ini.

Semua orang menghadapi situasi ini. COVID19 menjadi watak utamanya. Namun nikmat apa yang diambil daripada setiap kita itu barangkali berbeza-beza. Cuma diri kita sendiri dan Allah swt yang tahu.

Justeru, sekarang ini sementara ada waktu gunakan sepenuhnya untuk muhasabah diri masing-masing. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Sampai Tidak Perasan Akan Hal Ini

logoblog

2 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..