Sebulan Yang Kita Rasai Sedangkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBULAN YANG KITA RASAI SEDANGKAN. Tiga puluh hari. Rukun Islam ketiga ini wajib ditunaikan. Cukup syarat. Kemudian syarat sah puasanya sempurna. Alhamdulillah. Selesai. Sempurnalah rukun Islam ketiga dengan baik. Yang utama lakukan sebaik-baiknya. Selebihnya itu bukan urusan kita tapi serahkan kepada Allah SWT. 

Sebulan yang kita rasai sedangkan ada yang seumur hidup puasanya lebih banyak berbanding menikmati makanan. Ada, Cuma mungkin kita yang kurang cakna. Mungkin kita sudah selesa hingga sedikit terlepas pandang. Ada yang berasa berpuasa itu bersyukur dan menyesakkan dada juga fikiran. Menjalani ibadah puasa di negara yang aman dan banyak pilihan makanan halal juga suci,  bersyukurlah wahai manusia. 

Andai ada yang berasa berat kena berpuasa, Ada lagi yang lebih berat beban Dan dugaan hidup yang perlu ditanggung sepanjang hayat. Terkadang kita lahir mengikut pilihan. Namun seiring waktu kita Allah tunjuk untuk membuat pilihan. Jangan sampai salah buat pilihan dan keputusan. 

Ingat ya,  sebulan yang kita rasai itu satu cara kita mentaati perintah Allah SWT. Namun ada yang berpuasa lantaran dugaan tuntutan hidup yang mesti dilunaskan. Mudah dunia mudah akhirat. Sukar dunia mudah akhirat. Susah dunia susah akhirat. Yang mana. Ada ketika Allah SWT pulihkan untuk kita. Ada ketika kita yang pilih sendiri. Tidak kurang tiada pilihan. Semua ada cerita tersendiri. 

Sekian.
Tinta PC 
Sebulan Yang Kita Rasai Sedangkan





2 comments:

  1. Tak sangka dah penghujung Ramadhan. semoga bertemu lagi

    ReplyDelete
  2. Babai ramadhan... Syawal bakal tiba..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.