Saling Menanggung Rasa Rindu

SALING MENANGGUNG RASA RINDUبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Pergi terus tidak kembali. Kematian yang tahu dan jelas asbabnya. Kematian yang tidak tahu asbabnya dan mayat tidak ditemui. Pergi dan menghilang tanpa khabar berita. Ada, tahu, namun tidak dapat bersama-sama. Pada semua situasi ini yang ada titik persamannya adalah saling menanggung rasa rindu yang bukan kepalang. Video call pun tidak dapat membuang rasa rindu pada yang tersayang. Mungkin dapat mengurangi rasa namun untuk menghilangkannya itu tidak. Apatah lagi yang kalau cuma boleh membuat panggilan sahaja. Dengar suara sahaja. Ya tetap mesti BERSYUKUR. Alhamdulillah.

Rasa rindu itu nikmat yang Allah beri kepada hamba dan makhluk. PC yakin bukan kita manusia sahaja ada rasa rindu. Haiwan, tumbuhan dan sebagainya ada rasa rindu juga. Cuma ditunjukkan dan diterjemahkan dengan cara masing-masing. berbeza-beza. Diluahka pun dengan gaya bahasa yang tidak sama. kalau tak ada rasa rindu nanti kita lupa untuk menghargai. Ditambah satu lagi rasa rindu yang akan muncul. Bakal rindu Ramadan yang bakal berakhir yang telah direzekikan tahun ini untuk kita setakat ini. Allahu.

Angka-angka denga digit-digitnya yang terus bertambah. Sehari ke sehari. Kita mendengar dan melihat. Tidak lekang menganalisis. Berandaian. Banyak pendapat dilontarkan. Pendapat logik dan positif. Pendapat berpadu dengan emosi. Ya, semuanya ada dan menyatu dimedia-media sosial. larat atau tidak sahaja untuk ambil tahu.

Data dua hari sudah. Seperti mengulang cetakkan pertama ditahun 2020. Episod baharu. Ngeri melihat pertambahan setiap angka. Semakin besar digit-digitnya. Bergenang air mata. Kita pandai rasa rindu. Jangan pernah lupa Allah swt pun sentiasa rindukan rayuan kita semua kepadanya.

Saling Menanggung Rasa Rindu

Barangkali usaha masih belum cukup. Mungkin ada yang berusaha tapi tidak sepenuh jiwa. Tidak mustahil doa kita belum cukup mantap, masih berdoa dalam keadaan jiwa masih cinta pada dunia. Tidak mustahil ada yang beranggapan ini cuma biasa-biasa, bukan apa-apa juga. Untuk mengatasi musibah perlu juga sentiasa rapatkan saf. Bukan ketika solat sahaja. Sekarang pun kena jaga jarak ketika solat berjamaah.

Bila setiap orang ambil ini hal serius, masing-masing akan usahakan sungguh-sungguh patuhi arahan. Buat masa sekarang tidak boleh harapkan orang lain menjaga tapi kena sama-sama menjaga dan berjaga-jagalah. jangan perasan isimewa kerana kadang ujian yang Allah swt beri sama rasa untuk dirasai.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Saling Menanggung Rasa Rindu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama