BERMAAFANLAH SESUNGGUH HATI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Jangan cuma dimulut. Tapi lisankan betul-betul sekali dengan niatkan dihati. Aku minta maaf dan maafkan kerana Allah swt. Melupakan itu isu lain. Itu pilihan. Nak lupakan atau nak ingat bukan sebab dendam tapi nak jadikan satu garis atau benteng supaya berhati-hati. Agar boleh berjaga-jaga. Jadi kalau boleh maafkan tapi tak boleh melupakan tidak bererti berdendam.
Peribadi pada pendapat PC yang dipanggil dendam itu adalah bila awak dah maafkan tapi tidak boleh lupakan kemudia membalas lebih teruk lagi dengan cara apa sekalipun. Itu dendam. Mungkin luarannya bersahaja tapi balas dendam dalam senyap. Ingat tau, orang tak tahu tapi Allah swt sentiasa pantau kita. hati-hati.
Gambar Sekadar Hiasan
Hari ketiga Syawal. Walau tak dapat bertemu secara terus. Tetap sahaja boleh memohon maaf dengan sesiapa sahaja yang kita inginkan. Boleh. memang Syawal bukan syarat untuk kita semua bermaafan, tapi seperti sudah menjadi satu adat bila Syawal sahaja masing-masing bermaaf-maafan satu sama lain daripada yang kecil sampilah yang tua juga.
Bukan mudah nak minta maaf. Setiap kita ada ego. Ada yang terpaksa minta maaf. Tapi jangan sampai terpaksalah kerana boleh jadi kita mati dulu. Atau orang yang banyak kita buat salah dengannya pergi dahulu. Usia dan ajal itu tak mampu dijangka. jadi bila ada peluang cepat-cepatlah minta maaf. Minta maaf kerana Allah swt. Bukan minta maaf sebab nanti dapat duit raya. Hehehehe.
Minta maaf sesama insan dan makhluk. Minta maaf dengan Allah swt. InshaAllah hati dan fikiran kita tenang. Bukalah lembaran baharu yang bersih. lakarkan dengan lakaran yang lebih baik dan warnakan dengan warna yang lebih indah. Pelangi itu indah dan dikagumi kerana warna-warna indahnya. Tapi jangan kagum dengan pelangi sampai lupa kagum dengan kekuasaan Allah swt. Kan Allah swt yang cipta pelangi. kalau kita nak yang indah-indah, baik-baik minta jugalah dengan DIA.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bermaafanlah Sesungguh Hati
Tags:
Santai