Macam Mana Cara Nak Taubat

MACAM MANA CARA NAK TAUBAT. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur masih Allah swt izin melakasanakan ibadah puasa. Alhamdulillah. Kita hamba yang sangat rapuh imannya. PC juga. Bila iman kita rapun tidak mustahilkan tergelincir di mana-mana. Khilaf bila-bila masa sahaja. Ya, kerana kita manusia biasa. Tidak ma'sum. Justeru kita kena contohi Rasulullah saw. Akhlak baginda seperti mana Al Quran yang diwahyukan kepada baginda.

Setiap kita dilahirkan baik. Sangat baik. Putih. Bersih. Harum. ibu bapa yang mencorakkan anak-anaknya. Kemudia corak dan warnanya semakin hari semakin bertambah. Bila semakin meningkat usia, bila semakin lebih luas pergaulan, bila semakin pandai berkawan. Semuanya memberi pengaruh kepada kita kerana inilah yang PC rasakan. Setiap orang yang kita jumpa, setiap tempat yang kita kunjungi ianya menambah lagi corak dan warna-warna sedia ada dalam kehidupan PC dan tentunya sesiapa pun itu.

PC kurang suka menggunakan frasa jahat. Lebih senang menggunakan perkataan nakal kerana lebih ringan dipendengaran dan lebih santai dilisan juga. Itu pun masih ada rasa tak selesa dihati. Walau cuma menyebutnya. Tapi berbanding jahat kan, nakal lebih boleh dibawa melucu atau bergurau senda. Mama babah dan mertua pesan, satu masa kalau diizin Allah swt dikurnia zuriat, jangan guna perkataan "nakal" pada setiap khilaf anak tapi sebutlah "anak bertuah" kerana kata-kata itu doa. Ya doa.

Tidak dimungkiri PC ada kenakalannya juga. Memang tidak dapat terlepas daripada sifat atau perilaku kenakalan. Tak kisahlah masa kecik dulu ke atau dah tua bangka sekarang ni. Cuma mungkin sisi nakal yang berbeza seiring usiakan. orang yang hebat adalah bila dia tahu bila mahu berhenti dan kemudian berubah menjadi lebih baik. Berusaha mencari jalan pulang yang lebih baik dan jelas. Taubat.

Macam mana cara nak taubat. Niat sungguh-sungguh nak taubat tu kerana Allah swt supaya apa pun ujian yang didatangkan hati semakin kuat bukan semakin lemah dan roboh. Sandarkan semua kepada Allah swt. Solat sunat taubat. Sebelum solat sunat taubat pastikan bebas daripada najis pada tubuh. mandi hadas sebhabis baik untuk bersihkan diri. Kita usahakan. Solat minta Allah swt ampunkan dosa-dosa kita. Minta sampai menangis. Berhenti melakukan dan tidak mengualngi. Bila dah ada niat, dan solat taubat rugi kalau ulang semula kesalahan atau perangai nakal tu kan. kalau macam tu bila taubatnya. carilah orang yang kefahamannya dalam agama tinggi, mantap dan benar di jalan Allah swt yang terasnya Al Quran, hadis dan sunah untuk diri kita mendalami agamaNYA. Jangan malu bertanya. Bila sudah terbiasa dengan kenakalan, apatah lagi mungkin sudah sebati menjadi darah daging bukan cerita mudah untuk mengubahnya sekelip mata. Nak mempertahankannya tu satu azab tau tak jadi kawal diri dan lenturkanlah semuanya dengan zikir dan istighfar untuk menguatkan dalaman kita.

Bila kita mahu pasti Allah swt bantu. Tidak salah dan tidak rugi mengasingkan diri pada situasi yang boleh menjerumuskan kita pada warna dan situasi yang kelam.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Macam mana cara nak taubat.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sebelum bersalin buat dlu sebab takut tak sempat tengok anak. huhu. nervous bila bersalin. Alhamdulliah semua membesar depan mata.

    BalasPadam
  2. kena selalu renew taubat. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita

    BalasPadam
  3. menarik tips sebut "anak bertuah" tu, tak pernah terfikir ia boleh dijadikan sebagai doa untuk anak tu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama