Doa Minta DIA Tolong Lindungi Semua

DOA MINTA DIA TOLONG LINDUNGI SEMUAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Bukan lagi tanggungjawab dan tanggungan sendiri-sendiri sebaliknya sudah menjadi tanggungjawab semua orang. Ya, semua orang kena ada rasa tanggungjawab terhadap satu sama lain. Kalau sebelum ini sudah, kali ini perlu lebih lagi rasa bertanggungjawabnya. Tidak semestinya selalu mesti berada disisi. Tapi dengan cara ikut arahan, kawal diri sendiri dan tidak menjadi punca itu pun sudah melunas tanggungjawab yang besar dan baik pada diri sendiri dan orang lain juga.

Hargai dan sayangi semua. Tolonglah. Siapa pun kita. Di mana pun kita, walau kita sangat berkemampuan untuk menghadapi apa pun tomahan dan sebarang denda atau tindakkan dan sebagainya, hargailah dan sayangilah orang lain juga. Hargai dan sayangi atas dasar kemanusiaan. Atas dasar bukan buat hal masing-masing ikut selesa dan selera sendiri. Tapi kita sama-sama jaga tingkah laku dan doa minta DIA tolong lindungi semua.

Buat masa ini telah ramai yang hilang kata-kata. Sudah masuk tahun kedua, telah ramai juga yang diam tapi memendam rasa. Hari demi hari, tidak terluah bagaimana rasa risau membelenggu diri. Mencari fakta. Mencari berita. Melihat angka-angka dan peratus yang semakin menangga naik.Naik dan terus naik.

Kepada Allah swt sandarkan semua. Segala-galanya. Ketika ini tiada yang pura-pura kesedihan. Tiada yang berlakon keletihan. Tiada yang buat-buat kelaparan. Tiada yang cuba-cuba meraih empati sebagai mangsa dan korban. Semua berada dalam realiti menghadapi ujian serius dan besar.

Jadi, sekali lagi doa mints DIA tolong lindungi semua.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Doa Minta DIA Tolong Lindungi Semua

5 comments:

  1. Doa banyak banyak moga moga Allah perkenankan doa kita semua. Aamiin :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah semoga dilindungi kami semua... Amin...

    ReplyDelete
  3. Salam PC..minta email alamat PC ye..tq :)

    ReplyDelete
  4. Mohon kpd Allah agar kita semua terselamat dari pandemik Covid 19 yg sdg bermaharajalela skrg. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. mhon Allah lindungi kita semua drpd bahaya penyakit ini

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.