Sekarang Sudah Tidak Seperti Dahulu Jauh Beza

SEKARANG SUDAH TIDAK SEPERTI DAHULU JAUH BEZAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Betul sangat-sangat. Sekarang tidak lagi seperti dahulu. Sangat banyak perbezaannya. Banyak mana pun kita berkeluh kesah, terkadang diri sendiri yang menjadi lelah. Lelah perasaan dan fikiran. Lebih menuding jari lebih lelah malahan lebih menyakitkan kerana matlamat tidak kesampaian. Tak didengari pun. Tak dilayani pun. 

Sekarang sudah tidak seperti dahulu, jauh beza. Pergilah ke mana pun, dengan siapa pun kita berbicara inilah kata-kata yang kerap diluahkan dari mulut yang mentafsir gundah dan gelisahnya hati. Beban perasaan yang ditanggung setiap detik. Tidak menjadi suatu yang aneh dan salah. Berkeluh kesahlah wahai manusia kalau itu boleh meredakan rasa bisa yang seang menyerang dan bersarang dihati dan fikiran. Jangan cakap mereka tidak tahu bersyukur. Letakkan diri sendiri pada tempat dan situasi barangkali sikap kita lebih parah lagi.

Allah swt pinjamkan, Allah swt boleh ambil sementara dan boleh juga ambil terus daripada kita. Ada yang Allah swt sudah ambil terus dan ada juga yang nikmatnya diambil sementara waktu. Btul, keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu. Baharu masuk tahun kedua namun ianya cukup mentarbiah hati dan fikiran. Sangat berat menguji keimanan dan ketaqwaan. Terkadang semuanya bergoncang dan rapuh. Sekarang segenap sudut kitasedang diuji. Sungguh.

Ya Allah, andai ini dugaanMu buat sekalian hamba-hambaMU sedar untuk menuju ke arah yang lebih baik, maka Engkau hantarkan rasa yang sangat kuat dan mendalam bahagian mana yang harus kami hambaMU perbetulkan. Jika ini menjadi satu tiket dan laluan yang mudah untuk kami hamaba-hambaMU menuju dan memilih yang mana sahaja syurgaMUuntuk kami huni, kuatkan dan mantapkanlah iman dan taqwa kami.

Biarpun kami sedang diarah untuk selalu berjarak di alam ini, semoga jarak kami denganMU semakin dekat Ya Allah. Sentuhlah jiwa-jiwa hambaMU dengan rahmatMU Ya Rabb. Allahu. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sekarang Sudah Tidak Seperti Dahulu Jauh Beza

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. InsyaAllah... semoga jarak kita denganNya sentiasa dekat di hati...

    BalasPadam
  2. Mudah2an ukhuwah sesama manusia tidak terlerai

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua kekal sabar dan kuat menghadapi segala dugaan. Aaminnn...

    BalasPadam
  4. sekarang semua dilanda masalah. Dengan ekonominya, kesihatannya, personal lagi. Semoga kita tetap kuat bertahan

    BalasPadam
  5. mudah mudahan..sentiasa tiada jarak dgn Allah..selalu berdamping mgadu..dgnmu..ya Allah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama