Kisah Khatam Al-Quran

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KISAH KHATAM AL-QURAN. Bertadarus. Baik secara kumpulan kecil atau berkelompok besar. Di rumah, Di masjid atau diam-diam surau. Bila ramai-ramai lebih rajin dan bersemangat. Saling menyokong kalau ada yang mula malas atau lemau kecuali kaum wanita yang sedang berhadas besar (haid) atau ada berhalagan yang lain. 

Membaca Al-Quran berkumpulan atau persendirian,  bagi PC paling penting istiqhomah melakukannya.Kalau boleh baca banyak-banyak helai atau sejuz sekali baca. Fokus,  namun setiap orang tak sama mampu dan mahunya. Daripada tak baca langsung,  lebih baik baca sedikit tapi rajin dan berterusan. InshaAllah boleh sahaja. 

Kisah Khatam Al-Quran
Google image
Kisah Khatam Al-Quran 

Baca Al-Quran ni bukan untuk berlumba-lumba atau macam satu perlumbaan. Siapa habis dulu hebat. Siapa banyak kali khatam juara. Semuanya ibadah kerana Allah. Cukup niat kerana Allah. Nikmat besar dan manis bila boleh khatam Al-Quran berkali-kali ketika dibulan Ramadan. Nikmat sangat-sangat. Tapi cukup jadikan hadiah indah sepanjang Ramadan untuk diri sendiri dan bukan alasan memperkecilkan orang lain yang sedang bertatih mengenali setiap huruf dan baris ayat kalamullah ini. 

Tahniah dan syukur kalau boleh khatam Al-Quran sekali atau berkali-kali dibulan Ramadan moga teruskan rutin yang sama dibulan-bulan lain juga kerana cintai, baca dan mendasari Al-Quran itu sepanjang masa dan selagi bernyawa. 

Sekian
Tinta PC 
Kisah Khatam Al-Quran



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. abe kie baca Al-Quran setakat termampu pd bln Ramadhan ni krna baru keluar wad gara2 Covid19.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. tahniah buat mereka yang berjaya khatam Al Quran. Setuju tu, Istiqomah bukan hanya dibulan ramadan :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.. harap habis pantang diberi masa utk membaca al quran

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama