Mahu Seperti Dulu-dulu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MAHU SEPERTI DULU-DULU

Ada yang masih boleh
Ada yang sudah tidak boleh
Perubahan
Ya perubahan yang berlaku
Atas banayk persepakatan

Mahu seperti dulu-dulu
Siapa yang tidak mahu
Pasti ramai yang mahu
Nanti dulu
Mahu seperti yang dulu-dulu
Seperti apa
Yang bagaimana
Bolehkah atau tidak bolehkah
Sesuaikah atau tidak sesuaikah

Terkadang kita perlu logik dan waras
Mesti rasional pada tempatnya
Telah banyak yang tidak sama
Telah banyak yang tidak membolehkan

Mahu seperti dulu-dulu
Selidik dulu situasinya
Sesuaikan dulu keadaannya

Yang kita mahu belum tentu 
Perlu dan boleh dituruti
Hidup ada sempadan
Sempadan syariat dan perintah

Sekian
Tinta PC
Mahu Seperti Dulu-dulu


4 comments:

  1. jika ditanya sudah pasti mahukan masa sebelum covid wujud agar dapat mejalani kehidupan normal. namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. percayalah covid pasti akan lenyap kerana tiada penyakit diturunkan melainkan bersama pernawarnya. masanya wallahua`lam... ulasan x related dengan artikel rasanya hehehe

    ReplyDelete
  2. Mrs. A yakin pasti ramai mahu seperti dulu-dulu apakan daya masa tidak boleh diputar ke belakang. Yakinlah pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  3. memang rindu masa tak ada covid namun nak tak nak, kita kena beradaptasi.. huhuhu..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.