Header Ads

Serba Salah

SERBA SALAHبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Rasa. Daripada dalam diri kita ni ada bermacam-macam rasa. Pada hati ada rasa. Unik. Unik sangat-sangat sebuku darah Allah swt campak beraneka rasa di situ. Memang tak terlihat tapi boleh dinikmati dan dirasai. Apa sahaja rasa itu kita cakap baharulah orang lain tahu apayang kita rasa. Kita boleh berselindung dengan orang lain dengan apa yang kita rasa tapi tidak boleh berbohong dengan diri sendiri dengan apa yang sedang kita rasai.

Serba salah. Antara rasa yang sering dirasai. Boleh jadi cuma terjadi terhadap diri PC. Atau boleh jadi dirasai oleh orang lain juga. Sesekali. Atau kerap kali. Satu rasa dan satu situasi yang kalau boleh mahu dielakkan. Ya, rasa serba salah. Macam dipersimpangan. Perlu membuat keputusan dan memberi pendapat. Perlu pilih apa yang perlu dilakukan. Dilema. Boleh jadi juga. Seperti pepatah. Ditelah meti emak, diluah mati bapak.

Bila ada rasa serba salah, apa yang perlu dilakukan. Bertenang dan berfikir. Mencari solusi terbaik. Macam tarik rambut dalam tepung, rambut mungkin sukar untuk putus tapi nak buat tepung tidak berselerak itu yang sukar. Rasa serba salah dirasai pada diri sendiri itu lebih mudah dikawal berbanding rasa serba salah setelah keputusan dibuat. Kalau dah bertindak baru timbul rasa serba salah itu lagi berat dan sukar sebenarnya. Boleh merungsingkan fikiran.

Lagi satukan, kalau timbul rasa serba salah, kalau perlu minta maaf, minta maaflah. Kadang rasa serba salah ni timbul disebabkan ada orang yang rasa marah atau kecil hati dengan kita. jangan main-main. Sebab bermula daripada rasa serba salah tulah hujungnya jadi tak tenang. Nampak tak.

Tapikan, kalau tak ada rasa serba salah pun bahaya juga. Nanti selesa je bila buat salah. Nanti rasa syok je buat salah. Nanti rasa buat salah tu macam tak ada apa-apa. Hal biasa. Lagi bahaya kita yang buat salah eh lempar pada orang lain pula dikatanya yang buat salah. Sesekali rasa serba salah. Taksalah pun supaya sedar diri kita ada buat silap.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Serba Salah

logoblog

5 ulasan:

  1. Serba salah? Pejam mata jalan terus...
    .......
    Jom layari filem10minit.blogspot.com filem seram pendek

    BalasPadam
  2. serbasalah...solat istikharah

    BalasPadam
  3. bila dah semakin matang kita boleh berfikir dahulu dan buat yg dirasakan terbaik

    BalasPadam
  4. Serba salah ini kalau ada memang perlu dikaji.. Kadang tak sedar tersakiti..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..